Siapa Amok?
Siapakah Amok? Biar betul? Saya yakin anda mesti serius dengan blog ni. Kalau tak, takkan anda nak baca tulisan saya kat sini kan? Tahniah! Saya suke sangat. Betul-betul ni!
Sekarang biar saya perkenalkan diri.
Nama pena saya Amok. Sekarang saya bertugas sebagai eksekutif di sebuah syarikat minyak & gas di Malaysia. Tahun 2002, saya dah buat keputusan untuk bersara sebelum usia 40 tahun. Setelah 4 tahun dalam bidang ICT kat syarikat ni, saya pun bertukar bidang.
Dengan ketekunan nak jadi bos untuk diri sendiri suatu masa nanti, kini saya dalam bidang Perolehan pula (Tender-Kontrak-Pengurusan Kontraktor). Sekarang, saya memang lebih banyak belajar tentang bisnes. Namun saya tetap terus meneropong untuk perolehi lebih banyak peluang. Memang fokus utama ialah untuk melebarkan ‘zon selesa’ saya.
Melancong, Keusahawanan, Berkebun dan Membaca memang minat semulajadi saya. Pada saya, hidup ni adalah sebuah ‘perjalanan’. Sebagai pelancong, saya ingin menikmati setiap saat dalam perjalanan ni. Dalam perjalanan untuk mencapai ‘Matlamat Hidup’, saya amat suka untuk berkongsi secebis pengalaman dan berharap dapat menimba ilmu daripada anda semua.
Sekali lagi, terima kasih sebab sudi nak mengenali saya. Saya berharap dapat mendengar suara anda dalam blog ni. Suarakan keinginan dan buah fikiran anda ok!
Nak tahu lebih lanjut tentang tujuan blog ni? <tengok post pertama>
Email saya: mamin.demanis@gmail.com



Hai..
Wah.. best nya blog ni. Teruskan menulis.. mana tahu nanti saya boleh interview awak untuk siapkan bahan tulisan saya yang ada sangkut-paut dengan pengetahuan awak kan..
nieyszahri: hai! welcome
insyaallah saya akan terus menulis. nak interview? ehehe.. ok je.. saya akan kongsi sekadar yg mampu.
salam..
sy pun x kenal awk saper,tp kita sama2 ex-uia gak..jupe blog awk nie kat blog irfan khairi..bagus,sy sokong awk nak buat bisness nie..
bkn senang org yg dh ada keje bagus2 nie bcadang nak buat bisness dlm bidang mcm tue..bagus..bagus..
seronok giler jupe org satu kepala nie..BISNESS!
semoga projek awk bjalan dgn maju nyer..jgn menoleh ke blakang lg tp terus mlangkah ke hadapan k..insyaAllah..
p/s:sy org are-loq staq gak..hehehe
asmak: salams asmak! tenqiu sbb sudi lawat blog ni.
oo ya ka org aloq staq? ex-UIA? suka bisnes? bagiuh..bagiuh.. saya ni masih gigih berusaha. belum berjaya lagi. tapi saya x mudah mengalah. kalo ada benda yg baik, kongsi k! hehe
Tahniah dah jadik bos.. cita-cita yang bagus..
Melancong, keusahawanan, berkebun ( yang ni tidak! Setiap kali tanam pokok mesti mati.. walaupun orang kata pokok yang paling senang hidup..) dan membaca pun hobby saya jugak..
cikgu azleen: hahaa..belum jadik bos lagi cikgu. masih cita2 lagi. hurm.. hobi hampir sama.. time kasih sudi lawat blog.. ada idea baguus, share ok..hehe
karambulan di cahaya…amoks yang ku rindui…dirimu jauh di sana..nun di Miri..aku di sini sentiasa menunggu mu…ahh.ahhh…
zai_kal: isk ngeri la pulak aku kan? hahah.. ni musti kawan lama nih yg berlindung di balik nama pena. anyway, selamat dtg!
kunjung2 la selalu k..
oh! kudaku lari gagah berani.
akirasuri:
Bestnyer blok ni…
Tapi saya tak cukup duit gi nak gi tempat2 cam tu
zahiramli: welcome..welcome. hehe.. saye pun sama. cume takat ni ada peluang sbb trip keje (sambil tu bole la jln2). dahtu yg murah2 boleh la pegi sendiri – tapi suka stail backpackers sbb jimat
. ada idea baguus, share ok.
amok..mcm kenal je amok ni..
badeq: welcome..welcome.. heheh
ni musti gambar naik kuda kat karambunai ..
jeff: saalah..hahak. tu kat bukit fraser. murah la naik kuda kat sana – RM4 per round. kat karambunai pun ade..tp tak amik foto la pulak kan..
a’kom, seronok rasenye dapat membaca penulisan di dalam blog anda ini.teruskan menulis.
atyleana: alaikumussalam.
welcome! iye… kalo panjang umur, mmg akan teruskan blog ni. nantikan entry akan dtg ok.
best nye blog ni . . . n rase rase mcm kenal pulak . . . teruskan menulis n saya percaya amok will be ur own boss . . . soon
dude…it been long time not meeting u…jumpa tengah jalan serious aku tak kenai…hensom gile misai tu…:p
caya lah…keep its up on blog writing!…
suka sangat baca kesah2 org p mengembara nih…so kalu ada plan mana2 in future backpackers xtvt…bagitou le erkk…
“life is about enrich. constraint is not a limit, but it is a challenge”
thanks la bang.. bab puji psal sabah. xspecially Lhad Datu.. saya stay di Lahad Datu.. mmg lawa tmpt nie.. cuma yg ‘Bikin’ kotor tmpt ni.. pendatang haram… slalu buat hal.. pecah rumah.. Gaduh… smua tu keja dorg laa… anyway.. kpd sesiapa nak dtg.. pstikan xguna phidmatan teksi haram eakk.. dah bnyak kes ttg teksi haram ni rompak org luar.. org dlm pun kena rompak jgak.. pstikan jgak pilih hotel yg tepat ya… ok bang.. wish u all da best laa.. A’skum.
chemp: mekasih..
sori lambat betul respond.. sibuk & ada problem dgn notebuk. insyaAllah.. do’a tu.. hehe
arttero: welcome..
emboih glemernya nama online haang.. hahah.. tu la lama x jumpek kan? kelas hang punya moto kat bawah tu.. hehe.. neway, aku tgh plan nak ke europe backpacking la kan.. hurm.. tp lama lg.. next year..
ckgu optima: welcome.. mmg best jugak time gi sana.. tp saye naik tren. bila kat sana, naik bas (van). so, ok je la.. insyaAllah ke sana lg bila berkesempatan..