jump to navigation

MyNextTrip Blog Dilancarkan Di Nexus Karambunai Resort! 15 January 2007

Posted by amokdemanis in Location.
trackback

launch Salam pertemuan🙂

Khamis-Ahad lepas, saya ke Kota Kinabalu. Ni dah kali yg ke berapa pun tak ingat. Tapi, KK ni sentiasa jek menambat hatiku. Kalau anda pernah berkunjung ke sini, anda mesti setuju dengan saya yang laut kat sini adalah antara yang terbaik di Malaysia. Mana taknya. Omputeh kata ‘Crystal Clear’. Dah la Taman Marin Tunku Abdul Rahman tersergam kat depan mata. Bayu laut dia memang menyusuk kalbu. Fuhh… berfalsafah gitu.😉

Kalau anda berdiri kat Medan PBB (gambar atas<bawah>), anda akan nampak Filipina dekaaat sangat. Yang saya maksudkan ialah Pulau Gaya. Walaupun pulau ni dekat jek dgn KK, tapi bukan milik Malaysia. Kat bahagian Pulau Gaya yang mengadap ke KK, ada perkampungan air. Orang-orang kat situ kerjanya nelayan dan penjual barangan kraf kat Pasar Filipina – Phillipine Market. Ada gak jadi pengedar dadah. Ingat tak berita tahun lepas pasal satu geng mati kena tembak dek polis kat situ. Ye… kat Pulau Gaya ni la jugak ari tuh ada ikan paus tu landed dan menemui ajal. Tu la orang kata ‘tempat jatuh lagi dikenang’. Maybe ikan paus tu diperanakkan kat situ kut.😉

Medan PBB tu tujuannya nak bantu rakyat Filipina carik rezeki. Yela, Filipina kan negara kepulauan. Tengok jek Malaysia, barang2 kat Borneo ni pun dah mahal semacam. Apatah lagi kat Filipina. Kerajaan dia nak catu barang2 keperluan harian ke seluruh kepulauan mesti la susah kan? Hasilnya harga barang2 mesti mahal. So, paling baik rakyat dia yang dekat dengan Sabah, keje jek la kat Sabah. Jual rokok sambil berjalan pun dah menguntungkan. Anak-anak kecil pulak jual plastik time pasar malam. Yer… betul tuh. Jual plastik bawa barang tu. Kalau anda berpeluang beli barang time pasar malam kat Medan PBB ni, anda akan lihat anak-anak Filipina yang berkejaran mencari pelanggan. Apa yang dijual hanyalah plastik bungkus barang!

Kat pasar malam ni, anda boleh je nak beli ikan, udang, sotong dan sayur-sayuran. Segar tak? Tak payah tanya. Ikan laut dok menggelepar lagi pun ada. Sayur pulak terus dari ladang kat Kundasang – kaki Gunung Kinabalu. Ramai gak orang Semenanjung beli barang kat sini bila ke KK. Dorang boleh tolong bungkus sekali siap-siap untuk bawa naik flight.

Isk… dah panjang rasanya ni. Takpe dalam post2 akan datang saya akan share lagi pasal Phillipine Market, Pulau Manukan-Sapi-Mamutik dan hotspot2 lain kat KK ni dan juga lokasi-lokasi lain di Malaysia. Tungguuu…

Reality check:
1. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
2. Rezeki tak kenal tempat. Allah boleh tabur kat mana2 jek. Tugas kita untuk mencari.
3. Medan PBB – great form of ‘leverage’. Buat dataran + letak tugu. Then it works like ‘money machine’.
4. The highest mountain in South East Asia is in Sabah – Mount Kinabalu.

Pelancaran Blog: https://mynexttrip.wordpress.com
Berbalik pada tajuk asal, saya memilih Nexus Karambunai Resort (gambar atas<atas>) untuk pelancaran blog ni sebab saya dah lama teringin nak ke sini. Kebetulan untuk kunjungan ke KK kali ni, saya dapat stay kat sini. Hotel ni memang gah sebagai antara yang Terbaik di Asia Pasifik. Saya tak akan lupa bilik 1110 dan 8351 kerana di sinilah blog ni bermula secara rasmi.

Jumpa lagi,

-Amok-

Comments»

1. jaffrizaini - 17 January 2007

saya pernah ke sana tahun 1999 dulu .. iya memang best dan lain kali kena datang lagi

2. capu - 18 January 2007

why not kalau lepas ni boleh include plak tempat makan yg menarik.. sambil2 tengok tempat orang nak jugak rasa local food.. baru best..

3. amokdemanis - 18 January 2007

Jaffrizaini: ye ke? karambunai dan KK memang best. sapa2 yg x penah pegi wajib pegi tau. now ‘everyone can fly’.😉

Capu: tempat makan? no hal. mmg ligat jek dlm kepala nak share. nantikan dlm post2 akan dtg k.

4. Mik - 25 January 2007

salam bro!

Setahu saya, Pulau Gaya milik Malaysia. Cuma pulau tu diduduki oleh ramai orang Filipina (kebanyakan PTI) dan sedikit orang tempatan.

5. amokdemanis - 25 January 2007

Mik: salam. yeke? huhu..tak sure la pulak kan. ade gak kata half milik Malaysia half Filipina. tulisan ni based on borak2 dgn org tempatan jek. takpe nanti cek balik.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: