jump to navigation

Padi Emas. 16 January 2007

Posted by amokdemanis in Location.
trackback

padi1a.jpg Salam pertemuan🙂

Untuk post kali ni, saya nak ajak anda semua melawat kampung saya yang damai terletak nun jauh di utara Sem.Malaysia – Kedah Darul Aman. Spesifiknya, kawasan Alor Setar.

Masa saya balik ari tu (2 minggu lepas), tengah musim menuai. Dari atas pesawat 7.25 pagi Eid-al-Adha dari Kuala Lumpur, sawah padi tampak kuning keemasan. Dataran emas sejauh-jauh mata memandang. Di hati ini terasa suatu kepuasan pulak bila dapat menyaksikan semua ni. Mungkin padi pun sedang bertakbir memuji kebesaran Ilahi di pagi raya.

Tiap kali balik, memang wajib saya ronda2 pusing sekitar sawah padi. Kadang2 saya bawa pisang goreng dan air teh ros untuk minum petang sambil baca buku kat tepi sawah. Ni lah time terbaik utk tengok balik dan perbaiki ‘Life Plan’ saya!

Reality Check:
1. Balik kampung – duduk tepi sawah, memang terapi paling berkesan.
2. Kedah adalah pengeluar beras terbesar di Malaysia.
3. Teringin nak buat program ‘HomeStay’ untuk sesiapa yg berminat. Ada ke?

Apa komen anda?

Nota:
Saya fikir lebih berkesan kalau saya sertakan lebih byk foto kat blog ni. Tapi saya tak suka kalau blog ni lambat loading. Ada sesiapa sudi cadangkan blog yg paling sesuai untuk load byk foto – photo album?

Jumpa lagi,
-Amok-

Comments»

1. hayad - 16 January 2007

assalamualaikum🙂
lawatan balas nih,ehe. Saya tak tahu pulak blog yang sesuai untuk upload gambo, tapi wordpress ni pun ok jer,kalau tak pun awak buat fotopages je la, linkkan ke wordpress ni😉

2. amokdemanis - 17 January 2007

hayad:
walaikumussalam
tinkiu atas kunjungan ni. oo so, fotopages yg sesoai. will experiment this pm.😉


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: