jump to navigation

Bila Dah 74 Baru Nak Sedar Diri? 19 January 2007

Posted by amokdemanis in Hot Tips.
trackback

lifeplan.jpg Bertemu kembali🙂

Amboi tajuk? Hehe.. Hari ni saya nak lari sket daripada mood santai. Bukan apa, esok kan Tahun Baru Hijrah yg ke 1428.

Sebelum apa2, saya berbesar hati nak ucapkan ”Selamat Tahun Baru Hijrah yg ke 1428″ untuk anda semua. Semoga tahun baru ni kita akan lebih maju jaya. Cun-cun jek tahun 1428H dekat2 selari dgn 2007M.

Kekawan tak ke mana2 ke hujung minggu ni? Mungkin juga anda nak bersantai bersama keluarga. Sambil anda bersantai di Awal Muharam tu, inilah masa terbaik untuk anda mulakan ‘Life Plan’. Tu pun kalo anda takde lagi la ‘Life Plan’. Maksud saya kat sini ‘Life Plan’ yg ditulis ataupun ditaip dan diprintkan. Yang penting sekali musti hardcopy. Kalo dah ade, amik masa ni utk jengok balik ok. Saya pun nak buat esok.

Katakanlah usia anda kini dah 60 tahun, dan anda sekarang ni tengah baca blog saya ni. Jangan bimbang, masih belum terlewat nak buat ‘Life Plan’! Colonel Sanders (pengasas KFC tu..) pun baru bermula pada usia dia dah 66. Tu pun perniagaan dia masih mampu meletop pada usia 80an ke seantero dunia sampai kini.

Bercakap pasal ‘Life Plan’, saya ada satu sumber nak  kongsi dengan para pembaca semua. Percuma jek. Walopon saya dah pegi Workshop (yg bayar sendiri mahupun company hantar) dan baca beberapa buku pasal ‘Goals Setting’, tapi yg satu ni bagi saya adalah yg terbaik. Saya dah guna sejak 2002.

So, apa yang menarik sangat? Ni saya nak share sikit:
1. Artikel ni Simple, Praktikal dan Dinamik(Elastik). Anda tak perlu nak tunggu habis baca (macam buku tebal) baru boleh buat.
2. Dia cover seluruh aspek kehidupan – agama, kewangan, career, masyarakat dll.
3. Dia ajak kita tengok kehidupan drp awal sampai habis. Tips: masa ‘Looking Back on Your Life’ tu, kalau anda masih muda, pecahkanlah  band tu kpd tempoh yg lebih kecil. Contohnya: Usia sekolah rendah, men. rendah, men. atas, matrikulasi dsbg.
4. Buat benda ni sungguh2. Sebelum buat, pastikan rehat cukup2 supaya otak segar. Baik lagi kalo buat kat tepi tasik, tepi sawah atau tempat sunyi. Part yg susah, skip dulu.
5. Dari semasa ke semasa, tengok balik dan improve. Nanti baru nampak progress.

Reality Check:
1. Rancanglah hidup supaya kita clear dgn ‘kehidupan masa depan’ macam mana yg kita nak.
2. Mulakan ‘Life Plan’ anda malam ni jugak. Inilah masa TERBAIK!
3. Hari dalam Islam start waktu Maghrib.
4. Bila anda jalan2 atau melancong, anda akan ingat balik plan anda ni. Dari situ anda nampak byk peluang. Percayalah.

Oleh sebab anda baca post ni sampai habis,😉 ni saya sertakan link untuk anda download dari sumber asal. Don’t worry – free jek!

1. Terus ke download page – PDF format tau. Amik masa la sikit.

2. Atau ke sini – boleh tengok artikel2 lain gak. Klik “Effective Planning to Achieve Goals”.

3. Atau kalau rasa lambat sgt ataupun server down, email saya alamat surat menyurat anda ke sini: mamin.demanis@gmail.com . Nanti saya poskan CD.

Anggaplah ini hadiah Tahun Baru drp saya untuk anda.🙂

Cau cin cau.. Zasss,

-Amok-
Pengumuman:
Malaysia Flora Fest 2007
start esok (20 Jan-4 Feb 2007). Lepas buat ‘Life Plan’ boleh la pegi.😉
Coming soon… Visit ke Brunei – menarik ke?

Comments»

1. hayad - 19 January 2007

wah,untung saya baca ini blog😉

nk p donlod nih🙂

2. Fuad - 20 January 2007

Mekasih banyak2 En. Amok.. Rujukan yang menarik & bermanfaat.

3. amokdemanis - 22 January 2007

hayad: mynexttrip – memang berbaloi😉

fuad: no problem, yg baik kita share. harap fuad dah ada life GOALs by 2day.

4. KU> - 4 February 2007

terima kasih atas maklumat ni🙂

5. amokdemanis - 5 February 2007

KU: sama2. smoga beri manfaat. hehe.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: