jump to navigation

Brunei – Negara ‘Kaya’ Dalam Iman. 22 January 2007

Posted by amokdemanis in Location.
trackback

brunei.jpg Salam bakal pelancong,

Hari ni saya nk berceloteh pasal kenduri kawan. (Isk.. asyik cerita pasal kenduri org jek. Kenduri aku bila lagi daa..keh..keh). Dah lama jugak – bln Jun 2006. Yang uniknya, kenduri kali ni kat Brunei.

Pertama kali gi Brunei, expect mcm biasa je la. Dah.. bercantum dgn Malaysia je kan. Tak le expect ada salji ke apa.

Masa bertolak tu pun dah dekat Maghrib. Kawan saya tu (Azrin-pengantin) just suruh anak2 buah dia amik kat Miri, naik van. Masa tu jugak kawan saya (Husni-dari KL) ikut sekali. Kat sana, kitorang tido kat umah dia je.

Dipendekkan cerita, hari aqad nikah kami ikut la Azrin dan keluarga ke rumah pengantin perempuan. 2 kali lafaz jek. Tu pun sebab Tok Qadi gugup. (Tok Qadi tu junior dia kat sekolah dulu..hehe..mmg untung sabut). Makan2 sikit, kami pun mulalah jalan2 kat sekitar Brunei dgn sepupu dia (Abg.Puspa + isteri + 2 anak yg comel). Time ni pengantin dah kena quarantin.

Aduii..aman makmurnya negara Brunei ni. Kita dapat rasa dlm hati perbezaan tuh. Tak boleh dpt kat KL. Tak juge di Miri. Kampung saya pun tak mcm ni. Dari segi rohani, kita tengok sume org mcm baiik je. Mostly tutup aurat dan mesra. Dlm hati kita rasa aman sgt.

Secara fizikal pulak,  kita nampak mewahnye dierang. Rumah besar, kereta berbijik2 parking kat depan rumah (bukan Proton ok..), lalulintas yg tenang dan lain2 lg. Kawasan perniagaan lak musti letak signboard tulisan jawi. Kedai Cina pun kene gak. Mcm negara Arab daa.

Kami lepak jap kat Masjid Sultan Omar Saifuddin lepas solat Jama’. Masjid ni kubah2 dia diperbuat drp ’emas 24 karat’ (terus ‘bebas kewangan’ kalo dpt curik sebiji..huhu). Pastu, kami pusing ke blkg Masjid. Ooo..rupanya Masjid ni terapung dan mmg ‘tourist spot’. Dahtu ada lak jambatan ke sebuah perahu kat tgh air. Perahu tu sebenarnye tempat Tilawah Al-Quran tahunan.

Kat sebelah masjid tu pulak tempat ‘Perpuspaan Sultan’. (Nama Abg.Puspa tu rupanya dipilih sempena Hari Perpuspaan Sultan. Bukan keluarga dia yg pilih, tapi Sultan yg wajibkan sape2 yg lahir hari tu musti nama Puspa. Perpuspaan=Pertabalan).

Time kami dok cit-cat tu, tiba2 ada 2 mat + 1 minah saleh lalu kat depan mata. Dalam hati.. (isk nak suruh aku amik gambar le tu.. kami ni pun tourist gak tau..). Tup2 dia mengayat:
Mat Saleh1: Do you speak English?
Saya: Yeah, I do.
Mat Saleh2: Do you both mind standing there so that I can shoot you?
Saya & Husni: Sure, why not?

Rupanya dorang suka sgt dgn costume kami. Kan kami baru balik kenduri, masih dlm Baju Melayu satu sut lengkap bersongkok, bersampin. Keh..keh. Lepas shooting, berbackgroundkan Masjid + Perahu + bunga kertas, diorang pun berdialog:
Diorang : Thank you, that’s a very nice of you guys.
Kami: Sure, welcome!
(Dlm hati, kami masih haru.. dtg negara org, pastu jadi model lak. Huhu..)

Bercakap pasal adat istiadat dia, memang berbagai2.  Azrin kata kenduri dia tu pun dah dicompress jadi 1 minggu. Kalo tak, berminggu2 baru suami+isteri boleh duduk bersama.

Malam tu pulak, kami ke Tanjong Kidurong. Tempat ni lebih kurang Sunway Lagoon la. Then, ke Empire Hotel & Country Club. Mewahnya hotel ni. 5 bintang tapi pada saya hotel ni mcm 7 bintang. Dah le ngadap lautan.

Hari ke-3, pagi2 lagi kami dah ke jeti. Husni ajak ke Labuan dan seterusnya ke KK naik bot.

Reality Check:
1. Jadilah umat yg patuh pada-Nya walopon kita dah kaye raye.

Jumpa lagi,

-Amok-

Esok.. bicara hotel-edisi pertama.

Comments»

1. hayad - 22 January 2007

Teringinnya nak pegi Brunei. Bila lah nak kayo nih,hehe

2. amokdemanis - 22 January 2007

Hayad: airasia kan ada? kat brunei, stay je kat backpackers lodge. jgn shopping kat situ. org brunei pun tiap2 ujung minggu musti shopping kat miri. hmm..

3. hayad - 22 January 2007

Ooo yea? xpe2, tempat lepak tu dh ada jgk. Ada kenalan di miri dan sorg lg kenalan mmg org brunei,hehe.

Tunggu keadaan kewangan yg mengizinkan jer la😉

4. jaffrizaini - 23 January 2007

Bertuahnya diambil gambar.. jadi kenangan sepanjang zaman buat si Mat Saleh tu .. layan !

Dayah kalau nak ke Brunei nanti mintak posting kat Miri la senang .. hehe

5. amokdemanis - 23 January 2007

Jaffrizaini: keh keh.. ok la jugak. tapi kalo minah saleh kan better..😉

6. husni - 23 January 2007

hehe…masuk gaks citer kiter…nie tak brcriter pasal journey ka labuan dan kk lagi..kalau tak, dh jadik mcm drama laks..berpuluhan episode la …hehe..

7. amokdemanis - 23 January 2007

Husni: hahaa..mcm slot samarinda plak, kena citer sikit2. nanti takut berat sgt creta byk2.

8. nanie - 24 September 2008

hai


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: