jump to navigation

Bicara Hotel: Mandarin Oriental KL-Senyuman Yg Terindah! 23 January 2007

Posted by amokdemanis in Hotel.
trackback

mandarin.jpg 
Salam pertemuan,

Hari ni bicara hotel yg pertama. Sama-sama kita saksikan..

Saya: K.Zana, ok tak booking?
K.Zana: Tak dapat la, fully booked. Nak akak book hotel lain?
Saya: Tak nak la.. (Dalam hati tegas, kali ni nak jugak duduk kt Mandarin Oriental (MO). Senario biasa kalau nak duduk MO. Hotel ni mmg sentiasa je fully booked. Mujur trip kali ni pagi. So, byk masa nak cari hotel bila dh kt KL nanti)

Sesampai di KL, saya terus ke lobi MO. Cuba nasib. Menanti.. senyuman sorang awek kat reception counter.
Awek: Selamat datang encik..ada apa2 yg saya boleh bantu?
Saya: Err..ada lagi bilik kosong hari ni?
Awek: Kejap ye encik, nanti saya cekkan.
(Dalam hati harap sgt ada bilik. Kalo tak, kena le gi hotel lain). 30 saat kemudian:
Awek: Sebenarnya semua dh fully booked encik.. tapi ada satu bilik mungkin cancel. Saya tgh tunggu confirmation. Encik boleh telefon kami dlm pukul 12.00 nanti. Ini nombor kami.

Saya pun amik nombor dan ciau. Mujur Husni (kawan di KL) ada conference. Boleh cilok kejap2. Hehe. Kami pun gi makan sesama. Sampai pukul 12.00, saya pun call balik. “Ok. Encik boleh cek in tgh hari ni”, jawab staff MO.

Lepas makan, kami pun patah blk ke MO. Saya terus ke reception counter. Jumpe awek lain pulak. Chinese.
Awek: Encik nak cek in ke? (sambil tersenyum manis)
Saya: (saya senyum balik) Ye.. ni IC, kad kredit dan kad staff saya. (kad staff perlu utk dpt corporate rate).
Awek: Maaf encik, bilik yg kami book utk encik belum siap kemas. Tapi takpe, biar saya upgradekan encik ke bilik yg lebih baik.
Saya: Ok. (dlm hati, bestnya dapat duduk bilik yg ngadap Twin Tower..selama ni keje kt dlm tu je..tak penah tengok dari luar secara dekat..room rate berbeza ikut ngadap arah mana.. ngadap ke park lagi mahal).
Awek: Ini room key encik. (Tingkat 23-ngadap Twin Tower).
Saya: Terima kasih. (lubang idung tgh luas masa nih..haha).
Awek: Sama2. Silakan encik. (amboi..manisnya)
Sedang menanti, sorang buttler nak iring saya ke bilik. Dia dah siap pegang beg sambil tersenyum.

Sinopsis Hotel:
Lobi: Memang gah. Gaya oriental yg jelas(bold) dan high class.
Servis: Staff yg mesra dgn senyuman, Reception yg pantas.
Bilik: Anggun dan luas. Siling tinggi. Dekorasi oriental klasik. Iron, meja tulis, sofa, bathtub, shower – ada.
Kekurangan: Tandas stail Chinese – takde hos, takde ‘free’ broadband internet.
Makanan: Mcm hotel2 lain cuma ada byk restoran specialty.
Kadar: Mcm yg saya duduk tu – Std Rate: RM 965+/night (Premium City View Room). Tapi corp. rate dlm sepertiga harga asal.
Extra: Kolam yg cantik, KLCC Park, Spa, Gym.

Reality Check:
1. Apa yg paling bertuah untuk MO? ‘Location! Location! Location!’. Sebelah pintu jek dgn Twin Towers dan Suria KLCC. Hasilnya hotel asyik fully booked jek tak kire masa.
2. Senyuman – tak perlu keluar modal pun tapi hasilnya memang dramatik! Inilah ‘modal kedua’ MO slps ‘Location’.
3. Persistence pays off in manifolds <– saya le tu😉 ehem2.

Bila saya dok ingat2 balik masa weekend, rupanya dah lebih 25 hotel (5-star) saya pernah duduk. Nantikan ‘Bicara Hotel’ yg seterusnya ok.

Tu je kali ni. Apa kata anda?

-Amok-

Akan datang.. Serikin, Sarawak – apa yg menarik?

Comments»

1. hayad - 23 January 2007

RM965 per nite? Arghh!! tidak2, saya tak mahu membazir,ekekeke. Lagipun tak suke la dok hotel, mcm sumer kena protokol jer. Dah tu plak toiletnya payah, phm2 aje lah,hehe

2. amokdemanis - 23 January 2007

Hayad: Don’t get me wrong. Itu company yg bayarkan la. Kalo duit sendiri, saya pun x sanggup. Hehe. Dahtu salah hotel yg tk siap kemas bilik. So, walopon bilik yg lebih baik, rate tetap yg lebih murah (yg asal kita booking). Setuju.. biarlah semewah mana hotel, ttp x sama dgn rumah.

3. hayad - 23 January 2007

OOOH,company tanggung takpo la,keke

4. Sang Kancil - 23 January 2007

Ohh.. Too expensive!

In US, there are a lot of good hotels in the highway. A lot! Just below $100 pernight.

5. amokdemanis - 23 January 2007

Hayad: E’em.

Sang Kancil: Memang. Esp, MO la. Otel lain ok jugak rate dia. Wow, new info to me. I guess sbb competitive mkt kot. Takpe nanti nak ke US, kita tanya Sang Kancil k. Hehe.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: