jump to navigation

Pulau Manukan – Syurga Ikan! 29 January 2007

Posted by amokdemanis in Location.
trackback

manukan1a.jpg Salam bakal traveller,

Semalam hari ahad yg tk produktif sgt. Saya sakit perut dari lepas Subuh sampai ke petang. Hmm..mudah2an dosa turut luput bersama sakit perut tu.🙂

Ok lah, straight to the point. Hari ni nk cerita pasal Pulau Manukan, Sabah. Saya pergi ni lepas ke kenduri kwn saya di Brunei yg saya pernah post dulu.

Di KK, kami (Saya+Husni) tinggal di Hotel Sutera Harbour-Pacific (esok saya cerita lanjut pasal hotel ni). Naik bot ke P.Manukan ni amik masa dlm 15 minit jek dari Jesselton Point.  Kami sengaja naik kat situ, (bukan terus dari hotel) sebab murah sikit. Hehe.

Sebelum tu nak cerita sikit pasal Jesselton Point. Masa pegi P.Manukan tahun lepas tak le canggih pun jeti ni. Tapi baru2 ni masa saya ke situ, cantiknye. Dah nampak mcm kat negara Eropah. Dekorasi dia mmg cantik. Siap pintu gerbang, kerusi taman, bunga2, pondok telefon (yg warna merah tu) dan peggunaan warna2 terang kt kwsn tu. Memang cantik mata memandang.

Berbalik ke P.Manukan. Kita perlu naik speed boat utk ke sana. Selalunya dlm satu2 bot tu dlm 8-10 org. Tambang dlm RM15. Kita boleh juge buat pilihan utk island hopping sbb ada 3 pulau yg biasa dikunjungi bot2 ni – Manukan, Sapi & Mamutik. Saya dh pernah ke P.Sapi tapi saya akan cerita dlm episod lain ok.

Dlm bot, kami dh rasa seronok dah! Angin kencang dgn deruman enjin bot memecah ombak. Thrill. Rasa mcm naik kereta F1. Tp jgn bimbang, kita pakai life jaket. Bila dah kt tgh sikit, kita dpt tengok Bandar KK makin menjauh. Sesoai nk amik foto time ni. Cantik!

Sesampai di P.Manukan, kami naik ke jeti. Dari jeti ke pulau tu kena jln sikit sbb bot tk boleh ke tepi sgt. Laut cetek. Kat sini anda dh boleh nampak ikan. Tengok foto kt atas tu, ikan tgh makan roti kt tangan saya kt jeti tu lah. Kat jeti tu pun ikan punyalah byk! Warna-warni. Berbagai saiz. Seronok kan?

Dari jeti kita kena lalu pintu gerbang. Kat sini kena caj RM3. Duit ni akan digunakan utk maintain pulau2 ni la. Nak kutip sampah dn kwln keselamatan.

Cantiknya pulau ni. Air laut jernih sejernihnya. Pasir laut putih gebu. Dahtu byk pula kulit siput, kulit kerang dn batu karang. Pohon2 rhu di sepanjang pantai melambai-lambai tenang.

Bercakap pasal aktiviti, mcm2 kita boleh buat. Nak naik helikopter, parasailing dan jungle trekking? Semua boleh. Kita juge boleh pilih nk berenang, snorkel ataupun menyelam. Peralatan boleh sewa je. Tapi kena siap duit sikit la kan. Ehem2.

Kami cuma sewa jaket keselamatan (RM10) dn Set Snorkel (RM10). Dahtu beli roti utk ikan RM2 (ciput je tau – baik kalo beli roti gardenia kt KK dn bawa ke pulau). Utk org yg pandai berenang sikit, baik snorkel ke tgh sikit. Anda boleh tengok penyu pun. Ikan toksah cakap le kan. Mmg pelbagai spesis. Warna-warni. Dahtu selambe jek makan roti kt tgn kite.

Bagi org yg skill renangnye kureng sikit (saya le tu😉 ), boleh je snorkel kt kwsn cetek. Kwsn cetek ni luas jugak. Mcm satu dataran berair jernih yg dikerumuni ikan. Apa yg saya buat cuma pegang roti. Kejap je ikan dah penuh kt kwsn tu. Hehe..
Bila dh 11 pagi, Nik (kwn saya dari KL) dgn Andrew (kwn dia dari UK – kwn saya jugak la tu..heh!) call kate dorang dh sampai. Dorang sewa chalet kt pulau tu je. Hehe, tk sangka pulak nak jumpa dorang kt pulau ni. Kami pun snorkel sama2 sampai 3 petang.

Lepas mandi dan solat jama’ kat chalet dorang (cantiknya chalet ni, 2 tingkat, mcm hotel 5-star), kami pun naik bot balik ke hotel. Tu pun dah bot terakhir. Selalunya angin dn ombak kuat bila dh petang kt pulau2 ni.

Manukan, ku pasti tiba lagi..

Reality Check:
1. Pada saya, pulau2 ni tak dieksploit sepenuhnya lagi sebagai destinasi pelancongan. Mungkin itu salah satu cara nak hadkan bilangan pengunjung atau kurg promosi saya tk pasti la. Tapi saya rasa byk lg peluang yg boleh diterokai.

2. Teringat kt buku ‘Jump In – Mark Burnett’. Antara kerja pertama dia ialah jual t-shirt kt tepi pantai. Saya pun rasa je nak kerja jual t-shirt kt pulau tu. Sambil relax, duit masuk. Bestnya!

Jumpa lagi esok,

-Amok-

Esok.. bicara hotel-edisi kedua: Hotel Sutera Harbour-Pacific.

Comments»

1. jeff - 29 January 2007

wah sampai ke manukan ? best katsitu .. iya betul wooden chalet nya macam rasa kat hutan pokok tirus. ikan memang nampak dari surface. Ada terjumpa dua biji missle bom tinggalan Perang Dunia 2 kat pantai tak ?

2. amokdemanis - 29 January 2007

jeff: ooo rupenye kau pon penah pegi ke? hahak.. mmg nampak missile tu.. lupa pulak aku nak cerita. apa pulak tk nampak, dah dorang siap letak signboard. hehe

3. hayad - 30 January 2007

hurm,sabah mmg kaya dgn pulau2 yg cantik2..

4. amokdemanis - 30 January 2007

hayad: setuju dgn hayad. bukan takat malaysia je. bahkan peringkat dunia.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: