jump to navigation

Bicara Hotel: Sutera Harbour Pacific-Jumpa Madonna! 30 January 2007

Posted by amokdemanis in Hotel.
trackback

sutera-harbour.jpg

Jumpa lagi,

Hari ni bicara hotel yg kedua. Sebab semalam saya cerita pasal Sabah, we just keep the momentum going ok..

Jika anda ada peluang, Sutera Harbour (SH) adalah antara hotel yg anda wajib pergi. Pertama kali saya ke sini dlm tahun 2002, saya kagum sgt. Lepas tu, asal ke Sabah je saya musti nak stay kat sini. Tak kurang berbanding MO, SH ni jugak sentiasa fully booked. Tapi saya masih dpt tinggal kt sini byk kali. Ok la tu. ๐Ÿ™‚

Apa taknya, hotel ni terletak betul2 kat tebing laut. SH ni sebenarnya sebuah kwsn yg luas. Ia meliputi kwsn padang golf, SH Pacific, SH Magellan dan juga Pelabuhan. Kalau anda lihat dari atas pesawat, seluruh kwsn ni terletak di atas delta dn seolah2 terapung. Ngeri la pulak kan.

SH Pacific lebih fokus kepada pelanggan atas urusan bisnes. Bangunannya tinggi (ย 10 tingkat). Ala hotel komersil. Sementara SH Magellan pulak lebih sesuai utk pelancong yg nak relax2 kat resort. Bangunan ala resort dgn caj yg lebih mahal drp SH Pacific. Pun begitu, kedua2nya mewah dan menjanjikan keselesaan yg tak terhingga. Kedua2nya kt tebing laut.

Saya paling suka duduk kat SH Pacific (sea view). Dari bilik je kita dah boleh tengok jauh, boleh tengok laut yg jernih terbentang luas, Pulau Manukan, P.Sapi, P.Mamutik, P.Tiga, P.Gaya, pelabuhan, kapal layar dan jugak.. kolam renang kt bawah tu. Keh..keh..

Ok..ok..berbalik pada tajuk post – siapakah Madonna? Anda musti tertanya2 kan? Hehe..sebenarnya Madonna ni adalah sorang staff kat hotel ni. Dia ni mmg comel. Etnik Kadazan-Dusun. Dahย byk kaliย saya tinggal kat SH. Dia pun dah ingat nama.

Satu lg, paling saya enjoy ialah free shuttle bus dari SH yang berhenti kat 4 tempat sekitar town – Centre Point, KK Plaza, Plaza Wawasan & Wisma Merdeka. Bas ni akan pusing setiap sejam. Jadi, kita boleh la bersiar2 sekitar KK dgn percuma dan selesa.

Kepada penggemar golf, saya pasti SH mmg tempat wajib bagi anda.

Sinopsis Hotel:
Lobi: Memang gah. Gaya resort tropikal yg jelas(bold) dan high class.
Servis: Staff yg mesra, welcoming dan pelbagai etnik.
Bilik: Anggun dgn mood santai tepi pantai. Dekorasi ala resort yg klasik. Iron, meja tulis, sofa, bathtub, shower – ada.
Kekurangan: Takde internet kat bilik (ni masa Jun,2006 la).
Makanan: Mcm hotel2 lain. Tetapi kita boleh minum kat tepi pelabuhan private milik hotel dan juga tepi laut di bwh bayu. Best woo. Syahdu sgt.
Kadar: Mcm yg saya duduk tu – Std Rate: RM810+/night (Sea View Room). Tapi corp. rate dlm 1/3 harga asal. Special utk penduduk Malaysia, Brunei & Singapore: RM400+ jek.
Extra
: Free Shuttle Bus, Kolam yg cantik, Laut kt sebelah je, Pelabuhan private, Spa, Gym, Golf, Pakej Adventure, Trip ke pulau2, Sukan air, mcm2 lagi.

Reality Check:
1. Dlm hati, saya mmg teringin nak memiliki Sutera Harbour (salah satu sifat Donald J.Trump: Dream BIG!). Lokasi yg strategik – 5 minit je ke bandar, 10 minit ke airport. Dahtu tepi laut. Mmg idaman setiap insan la.
2. Kekuatan kedua SH ialah pada servis yg ditawarkan. SH mengeksploitasi hampir kesemuanya, drp pelabuhan utk pelayar2, pdg golf utk Tiger Wood wanabe, sukan air, aktivity rekreasi, staf pelbagai etnik, seni lanskap, senibina dll. Penyelenggaraan (maintenance) jugak pada tahap tip-top. Kombinasi servis2nya mmg mengagumkan!

Sabah ada umph! Apa kata anda?

-Amok-

Akan datang.. Pengalaman Real Ternak Kambing.. tapi esok.. kita jalan2 sekitar KK dulu.

Comments»

1. hayad - 30 January 2007

saya teringin nak pegi pulau tiga pasal saya nak mndi lumpur valcano ๐Ÿ˜€

2. Fuad - 30 January 2007

Aku hotel paling mahal dok RM300 lebih satu malam. Itu pon dah gayat x ingat nyer. Kalo harga RM800 lebey nih.. x leh ler aku nk bayangkan..

3. amokdemanis - 30 January 2007

hayad: oo yeke? wah..x penah tau pulak. ok jugak tu.. hehe.. musti kena try nih! ๐Ÿ˜‰

Fuad: aku pun gayat fuad. heheh! tapi dah boleh use OPM (other people’s $) kan.. guna je la. anyway, tu published rate. corporate rate selalunya murah sikit..1/3 drp harga asal. Maknenye dlm RM270 je la. tu pun aku gayat kalo duit sendirik. ๐Ÿ™‚

4. Mik - 1 February 2007

Wah,

jalan-jalan di KK yer…

View kat SH memang best. Time function ofis, biasanya dapat complimentary room…so, perasan sendiri konon2 sedang cuti-cuti malaysia….hik!

Cuma takleh menyamar jadi duyung kat pool! ish..ish..(Bila lah agaknya rumah sendiri ada swimming pool.)

5. Mik - 1 February 2007

ish..belum habis tulis dah ter’submit’. sambung lagi…

Dulu, kawasan dari Api-Api Centre hinggalah ke Sutera harbour adalah kawasan pantai. Dengan arus pembangunan, maka ia ditambak dan menjadi KK seperti sekarang ini. Tu yg kelihatan seperti Delta.

p/s- Dulu tinggal kat Berek Polis tepi laut tu..;)

6. jeff - 2 February 2007

betul tu umik .. masa tahun 94 tu kerja penambakan laut tengah rancak. kalau flight take off boleh nampak the whole site

so.. sapa2 tinggal kat SH, boleh pejam mata dan bayangkan yang kwsan di mana anda berada tu satu masa dulu semuanya adalah laut .. (ish ngeri pulak aku rasa ni .. apesal lak eh)

7. amokdemanis - 2 February 2007

Mik: hehe.. tak sabo2 nak “say it!” ye?
tu lah, view kt SH mmg indah.
ooo delta buatan. mcm new york. tapi takpe mmg cantik. dorg mmg take care of the nature. emm.. patut la.. kg.Air yg dkt2 SH tu pun dah kene timbus kan? sikit..sikit..sikit..
berek polis? ade lagi ke? nanti kena cek bila ke sana lagi..

jeff: 94? aku kat skolah lagi masa tu. hahaa.. kira baru lagi la SH ni..

8. irwandahnil - 4 February 2007

Amok, bukan pelabuhan lah.. marina.. ๐Ÿ™‚

anyway, sutera is the best in sabah… prefer sutera dari nexus karambunai… ๐Ÿ™‚

9. amokdemanis - 5 February 2007

irwan: betol jugak tu ek! ๐Ÿ™‚ puas dok fikir perkataan yg sesoai.. TQ! pasal SH vs NK? hmm.. saya suka SH, tapi kagum dgn NK sbb kwsn dia lebih luas drp SH. dahtu ada bukit ala banjaran dgn hutan simpan + pdg golf yg luas gak + pantai 6 KM. hmm.. tapi SH pun hebat sbb ada ‘marina’

10. big anal toy - 27 April 2007

big anal toy

big anal toy intro article

11. 1960s fashion - 1 June 2007

1960s fashion

Intresting information about 1960s fashion.

12. community america credit union - 1 June 2007

community america credit union

ka-ka-sh-ka 2413312 Of community america credit union and more

13. doris duke asian art collection - 8 June 2007

doris duke asian art collection

ka-ka-sh-ka 2413312 homepage of doris duke asian art collection

14. e2ce604ff736a8b09f170ed1b267c93c - 30 June 2007

e2ce604ff736a8b09f170ed1b267c93c

e2ce604ff736a8b09f170ed1b267c93c


Leave a comment