jump to navigation

Dah Ke Miri – Ke KL Balik? 9 February 2007

Posted by amokdemanis in Santai-Lite.
trackback

seminggu.jpg Salam ceria 😉 ,

Uuuh.. what a week! Rindunya kt blog ni. Dah seminggu tak sempat nak berblog!

Masa ni saya tgh kat KLIA. Sempat la kejap nak jenguk blog ni. Pagi tadi bangun 4.30am. Lepas siap terus ke Airport Miri. 6.30am terbang ke KLIA. Landed 8.40am kat KLIA. Sebab meeting petang ni, jadi sempat la saya curik masa ni utk bersama anda. Bagi yg selalu baca blog ni musti heran. Eh..last weekend bukan dah fly ke KL ke? Hehe. Teruskan membaca..

Kredit: foto tu amik masa atas flight pagi tadi kat tgh Laut China Selatan.

Catatan perjalanan seminggu:

Sabtu (03 Feb 2007):
6.15pm
– Fly dari Miri – KL. Tido kat umah kakak. Dah lama tak jumpa dia dan 5 anak sedara – Nurul Farah,Nurul Faizah, Mohd Ilham, Nurul Fatihah & Nurul Fazirah. Seronok borak dgn budak2 ni. Jgn terkejut kalo saya mmg berbincang pasal cita2 saya dgn dorang. Hehe. Dorang ni ‘Curious’! Jadi kita cuma perlu jawab soklan lepas soklan lepas soklan.

Ahad (04 Feb 2007):
Cek in kt Hotel Sheraton Imperial KL (nanti akan citer dlm slot Bicara Hotel). Mlm, gi Bukit Bintang. Sempat jugak study budaya kat situ. Pelbagai & menarik!

Isnin (05 Feb 2007):
Kursus e-Procurement sehari suntuk. Lepas Maghrib, makan sensorang kat Suria, KLCC. (Fiq – kata nak aku belanja teh tarik? Kau takde pon? 😉 ) Pastu lepak kat Kinokuniya & Times Bookshop.

Selasa (06 Feb 2007):
Kursus sehari suntuk. Petang, beli buku kt Kinokuniya. Pastu, makan mlm dgn sorang Senior Manager + 2 org kawan kat Suria, KLCC. Tanya dia: “How did you get thru to the top?”. Panjang jwpn dia. Len kali akan kongsi ok. Sempat lak bagi resepi laksa kat dorang. Hehe. Saya memang hantu laksa. Pandai makan, kena la pandai buat kan? Haha.

Rabu (07 Feb 2007):
Kursus lagi. Petang, beli buku kt Times Bookshop. Pastu terus ke KLIA dan fly ke Miri. Pukul 11.25pm baru landed. 12.15am baru sampai rumah. Takleh tido. 2.00am baru tido kot.

Khamis (08 Feb 2007):
7.30am
dah masuk ofis. Byknya keje tak settle. Buat cepat2 mana yg patut. 7.15pm baru balik rumah. Kendian, kena pulak packing nak fly esok pagi kan? Takpe, dah biasa.

Jumaat (09 Feb 2007):
Eh, Jumaat hari ni la..dah kat KL balik. Hehe. Tu la kehidupan saya buat masa ni. Naik teksi-turun teksi, naik flight-turun flight. Cek-in hotel-cek-out hotel. Walopon keje based kat Miri, tapi boleh bilang hari yg sebenarnya betul2 duduk kat Miri.

Letih ECC-Duty minggu lepas pun tak kebah lagi..

Reality Check:
1. Bila kita hidup? Jwpnnya ialah “Sekarang! – La ni! – Lho nih! – Skaghang tok! – Now!”. Jadi kecapilah keHIDUPan kita ‘sekarang’ seadanya. Think ‘here’ & ‘now’. Esok belum tentu – perlu merancang. Semalam dah jadi sejarah – amik iktibar.
2. Ingat buku Donald J.Trump: The Art of the Deal. Buku tu pun bermula dgn catatan seminggu kehidupan dia. Mudah2an saya pun dapat tulis buku sendiri tak lama lagi. Tapi sebagai usahawan – bukan sebagai kuli mcm skrg nie. Hmm..

Nota tapak:
1. Lembah Danum, Sabah: 16-19 Feb jadi insyaAllah. Maybe jadi gak jumpe Irwan Dahnil sbb dia nak ke Sabah gak time tu.
2. Pengalaman Real Ternak Kambing minggu depan ok.

-Amok-

Esok.. sebab minggu ni saya lebih byk stay kat KL, saya nak tulis pasal KL la. Banyak lg nak share..

Comments»

1. fiq - 9 February 2007

aik. xinform pon . hahahhaha

2. amokdemanis - 10 February 2007

fiq: takpe. maybe len kali. minggu ni byk bende nk buat. takpe slalu dtg KL. hehe.


Leave a comment