jump to navigation

Le Tour de KLCC… 10 February 2007

Posted by amokdemanis in Location.
trackback

suria.jpg Salam suria 🙂 ,

Hari ni saya cuti hujung minggu di KL. Minggu ni KL panas! Tapi, saya mmg suka cuaca panas. Rasanya sebab jenis darah saya kut – darah A+ mmg pekat. Dgn cuaca panas & exercise je kita boleh aktif. Kalo tak, mmg cool jek sepanjang masa. Tak mudah melatah. Eh! Tercerita bab darah plak. Sebenarnya nak cerita pasal KLCC. Hehe..

Terpulanglah drp sudut mana anda memandang KLCC. Pada saya, saya memandang drp sudut seorang usahawan (lebih tepat..usahawan wannabe 😉 ).

KLCC memang menarik drp kaca mata saya. Satu lambang kejayaan Malaysia. (Ini pendapat saya je..takde kena mengena dgn mana2 parti politik, pengaruh media ataupun pendapat2 org lain ok).

Ramai org salah tanggapan – KLCC pada mereka hanyalah Suria KLCC (sebuah gedung membeli belah). Sebenarnya KLCC meliputi PETRONAS Twin Towers, Menara Maxis, Menara ExxonMobil, Suria KLCC, Mandarin Oriental KL, KLCC Convention Center, KLCC Park & byk lagi projek yg akan datang. Utk pengetahuan anda Tower 3 pun dok tgh nak naik. Tengah siapkan tapak dah!

KLCC secara keseluruhannya diurus oleh KLCC Property Holdings Berhad. CEOnya ialah Datuk Ishak Bin Imam Abas. Datuk Ishak ni salah sorang VP Petronas jugak. Hmm..teringin suatu hari utk berjumpa dgn dia dan bincang pasal industri hartanah. Musti menarik kan? Bukan la tak pernah selisih..tapi siapalah saya kan. InsyaAllah kalau dah berjaya sikit, teringin nak jumpa dia-dapatkan nasihat ke apa2.

Saham KLCC Property keluar hujung tahun 2004. Saya pun beli masa tu. Tapi kadar pertumbuhan saham tu slow sgt! Lepas 3 bulan saya jual dgn keuntungan RM500. Hehe. Walopon dah jual, saya tetap terus monitor. Tahun ni harga dah naik lagi. Almost double dah drp IPO*.
* Initial Public Offering – maksudnya harga waktu saham diperkenalkan.

Ni nak cerita lebih sikit pasal Suria KLCC. Pusat membeli-belah 6 tingkat ni mmg idaman setiap usahawan saya rasa. Bukan setakat lokasi yg strategik, tapi pengurusannya pon strategik! Andrew Brien ialah General Manager Suria KLCC. Sorang mat saleh dari Australia (saya dgr cerita je la dia org AUS). Hmm.. musti dia bagus sgt2 kan? Secara deduktif, takde rakyat Malaysia yg mampu uruskan pusat peruncitan ni mcm dia. Kalo tengok kat ‘audited net book value as at 31.03.2006’, saya pun setuju.
Fakta:
Nilai Bersih Slps Audit: 1.12 Billion (RM 1,121,700,000.00).
Usia Bangunan: 8 tahun.
Luas Tanah: 28,160 sq-m
Luas Built-up area: 143,564 sq m.

Kredit: Foto kat Suria KLCC. Skrg ni tgh ada promosi tahun baru Cina. Deko kat lobi tengah memang gah! Siap ada pasar ala Chinatown yg klasik kat situ. Dahtu ada LIVE traditional music performance. Free jek. Meriah & penuh warna-warni!

Reality Check:
1. Dulu tapak KLCC adalah kwsn lumba kuda jek. Selepas sentuhan idea kreatif – jadilah KLCC mcm skrg ni. Kwsn bertaraf dunia!
2. Ingat buku Michael E-Gerber: E-Myth. Buku ni cerita cemana perniagaan sepatut2nya dibina. KLCC ni satu contoh yg sesoai. Suria KLCC pun contoh yg sesuai. Kalau anda perasan, lot2 kedai yg tak perform – tak akan lama ada kat situ. Ubah bulan je, musti ada lot yg dah tukar pemilik. Saya dah pantau sejak 5 tahun.. hmm

Ape kata anda?

-Amok-

Comments»

1. hayad - 11 February 2007

Wooo…orang darah A+ akan aktif pd cuaca panas ke? tak perasan pulak. Saya darah A+ jugak

2. amokdemanis - 11 February 2007

Eh..sama la kita. Ehehe.. hayad, jgn pecaya sgt. dakyah kat atas tu mungkin sesuai utk saya jek 😉

3. Fuad - 12 February 2007

Ada plan nk bukak kedai kat KLCC ke bro?

4. amokdemanis - 12 February 2007

fuad: err..takat ni takde la plan lg. tapi idea tu ada la jugak utk certain niche.


Leave a reply to amokdemanis Cancel reply