jump to navigation

Kambing oh kambing – edisi 1. 12 February 2007

Posted by amokdemanis in Experience.
trackback

goat1.jpg Salam pembaca mynexttrip,

Hari ni saya nk tunaikan janji lama..nak share pasal projek kambing yg saya pernah usahakan. Semoga dgn perkongsian pengalaman ni, dpt la serba sikit membantu bakal penternak, org yg bercita2 nak berenti kerja & jadi penternak, yg baca suke2 jek ataupun yg saja2 nak layan.. hehe. Ok lah, episod bermula..

Sebenarnya saya ni salah sorang graduan ICT drp salah sebuah universiti antarabangsa yg terletak di Malaysia. Setelah bekerja setahun di Cosmopoint (iye..kolej swasta tu) sebagai ‘web programmer’, saya memilih utk tukar kerja. Masa tu saya dpt offer sebagai timbalan pensyarah di UIA. Walopon kena bagi notis berenti kerja selama sebulan, saya dah study apa yg patut dibuat sebagai pensyarah masa saya kat Cosmopoint lagi. Perkara yg pasti ialah kena cepat2 gi overseas utk amik Master. Jadi, saya dah prepare utk amik Master di UK (memang digalakkan amik kat UK). Fully sponsored tuu!

Dgn semangat baru utk kerja sebagai pensyarah, dlm hati saya ada perasaan tak tenang sikit sbb saya tk suka kalo mengajar tapi kita sendiri tk byk pengalaman utk dikongsi. Saya ni jenis yg suka cakap serupa bikin. Tambahan pula dlm bidang ICT kan. Musti kena praktik byk2 kali baru la ada kemahiran. Dgn pengalaman setahun, saya rasa masih tak cukup. Pun begitu, saya teruskan jugak lapor diri.

Hari pertama bekerja di UIA, saya dapat pulak sepucuk surat tawaran drp salah sebuah syarikat minyak di Malaysia. “Isk, kenapa la surat ni tak sampai semalam. Kalo tak, tak payah le aku lapor diri dulu”, keluh hati. Tapi dah rezeki kan. So, saya pun kena le pikir panjang jugak.. Bila dah diskas dgn Head of Department dan jugak Dean, saya pun decide utk berenti kerja lagi dan terima tawaran baru. Notis 30 hari tetap kena bagi jugak.

Selepas 30 hari, saya melangkahkan kaki ke alam industri minyak & gas. Mmg terasa perubahan la. Rasa mcm mewah semacam jek. Cuma gaji tak le lumayan sangat. Benefit mmg pelbagai. Dlm dok syok meneroka industri ni, sedar2 dah setahun.

Masa mula2 join company ni, setiap org kena gi program induksi dulu selama 2 minggu. Masa ni la kita akan kenal rapat dgn kawan2 baru drp pelbagai latar belakang. Time tu ada la dlm 50 org kami berinduksi. Jadi, bila sampai ulang tahun pertama ni, kami pun berkumpul la balik untuk celebrate ulang tahun pertama. Kami hepi sgt masa tu..

Esok tu, CEO umumkan Jabatan ICT di’outsource‘kan kpd syarikat lain.

Aduuuh!!! Haru biru! Masa ni baru le tersedar drp belaian kemewahan! Omputeh kate “start to feel the pinch!”. Go to hell with Job Security! (sorry..kasar sikit..hahaa). Utk bulan pertama, semua org (dlm 700 org) rasa mcm mual jek nak gi ofis. Ada gak yg resign terus dan join company lain. Yg berpengalaman ok la. Yg mcm saya ni, cemana?

Proses transformasi drp syarikat ni kpd syarikat baru amik masa 2 tahun untuk selesai. Dlm masa 2 tahun ni lah segalanya bermula…

Bulan pertama, mmg haru. Semua org asyik resah. Pelbagai senario yg saya lihat. Setiap org dgn constraints masing2. Ye la, ada yg dah kerja 22 thn, 15 thn..tiba2 syarikat nak outsource je. Saya pun tak kurang. Masa tu mmg vulnerable. Dalam setiap doa, saya mmg minta Allah permudahkan & bagi petunjuk. Dalam hati, saya tabah. Dalam minda, saya cuba fikir positif.

Ting! Tak lama pastu dpt idea. Idea bermula apabila saya pegi Kursus Kemahiran Membaca. Masa tu kerja dah kurang sgt2. Projek2 terhenti. Dok ofis mmg boring. Cuma dok surfing internet je tiap2 hari. Kwn2 yg nakal, dok melepak kat TGV-Suria KLCC – tengok wayang. Hehe.. Sebab tu saya mintak pegi kursus. Byk kursus yg saya pegi masa tu. Mujur bos bagi. Ehehe..

Masa di kursus tu, saya dpt jumpa dgn pencinta2 buku. Dari situ saya dpt kenal buku Azizi Ali (The Millionaires are from Different Planet).

Lepas balik kursus je, saya terus ke Kinokuniya utk beli buku ni. Dlm buku tu, ada gak buku2 rujukan lain yg dia bagi. Drp situlah saya mula baca buku2 berkaitan Personal Finance yg betul2 membukak minda. (Masa kat sekolah dan university lagi saya mmg gemar baca majalah bisnes & keusahawanan – tapi majalah2 ni tk membuka minda mcm buku2 ni..)

Antara  faktor yg meMAKSA saya bertindak utk memulakan bisnes kambing ialah ayat ni drp buku Robert T.Kiyosaki: “Start your own business before age of 30. If you go broke you’ll have time to get back! Up!” <– lebih kurang – tak ingat ayat yg betul2.

Dgn itu saya pun memulakanlah bisnes kambing..

Isk.. ok lah, rasa dah panjang sgt. Stay tune utk next post ok.. cerita baru bermula..😉

Reality Check:
1. Kalau ada idea, buat! Jgn tangguh. Saya selalu percaya yg bila gagal, kita sebenarnya semakin dekat dgn pintu kejayaan walopon saya belum berjaya (menurut definisi saya lah).

Jumpa lagi,

-Amok-

Comments»

1. Fuad - 12 February 2007

Menarik cite ko..🙂 Jap.. adakah ternak kambing tu masih on?

2. amokdemanis - 13 February 2007

fuad:🙂 sebenarnye dah off sbb tak cukup modal nak pusing balik. tapi customers keep coming in for more. baca next post ok.

3. Mik - 13 February 2007

Idea nak bisnes memang ada…fulus tadak! Waiting for your next entry!

Sekarang ni Amok oustation kat mana plak?

4. amokdemanis - 13 February 2007

mik: fulus tadak – tu mmg reality msykt kita. anyway, pasang impian – insyaAllah one day kan.. outstation? minggu ni tak. last week dah seminggu kat KL. jumaat ni gi danum, sabah.

5. akirasuri - 13 February 2007

wah wah sangat menarik pengkesahannya..

ha ha ha blh jadi penglipur lara ni bro..😉

6. amokdemanis - 13 February 2007

cik kira: bangun jugak tido ye? ehehheh.. mekasih2.. teruskan membaca ok.😉


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: