jump to navigation

Kambing oh Kambing – edisi 3: Order Daripada Sultan! 14 February 2007

Posted by amokdemanis in Experience.
trackback

goat3.jpg Salam segar dari ladang,😛
(Gambar besar sikit kali ni. Harap bersabar loading.)
Kredit: Foto sebenar dari ‘Demanis’Farm‘. Comel kan?

Sambung lagi cerita semalam!

Bulan pertama:
Abg.Cot
mula buat pagar & kandang. Abg saya yg ni mahir bertukang, ukiran kayu, pisau, lukisan, muzik dan byk lagi aset dia. Cuma yg ni jenis mudah terberubah mood. Memandangkan mood dia masa tu tengah aktif utk buat rumah dan pertukangan simen, kami setuju utk upah dia. Upah minima jek. Adik-beradik..

Abg.Jit sebok mencari baka. Diselongkarnye seluruh Kedah. Tak lupa gak dgn network dia. Dahtu, kakak yg kat Taiping pon kami tanya. Akhirnya dpt baka pertama. Sepasang Jamnapari + 2 anak. Baka ni tinggi tapi nampak kurus. Ok je la sebab nak mula kecik2 dulu kan. Harga pun boleh tahan – RM 700 utk yg bapak tu je.

Dari jauh saya dok monitor budget (kat KL masa tu). Yela, ni semua modal sendirik. Simpanan saya! Abg.Jit akan buat deal dulu dgn tuan kambing yg dia cari. Telefon saya. Kalo saya setuju – on. Beli dan bela kat kandang. Kami jadikan ladang yg kecik tu sebagai hub. Tanah yg agak tak luas tu tak mampu nak jadi padang ragut. Jadi, mak redhakan tanah dia yg kat kwsn sawah tu utk jadikan tempat tanam rumput gajah. Anyway, sbb dok kat kampung, bapa saya pun turut serta amik rumput semulajadi kt sawah. Jadi, ok la.

Bulan kedua:
Order dah masuk. Kami terpaksa menolak sebab proses ternakan baru nak start. Dahtu ni skala kecik jek. Bukan start2 je, terus besar mcm projek milik datuk2 @ dato’2. Order tetap terus masuk tiap2 minggu. Tu belum lg buat promosi.

Kami pun tukar strategy sbb taknak kecewakan pelanggan. Yg kami buat ialah jadikan ladang tu sebagai hub. Kami beli ‘in bulk’. Jgn salah sangka! Beli ‘in bulk’ tu maksudnya beli mak, bapak, anak, baby, dara, teruna dlm grup 5-10 ekor. Beli mcm tu baru dpt harga borong. Bila kat ladang, yg dah ok kami akan jual ikut permintaan. Yg kecik kami bela la dulu.

Suatu malam yg sunyi:
Tet! Tet!.. (bunyi SMS handphone masa tu..heheh)
Jgn tekejut dgn berita ni” – sms drp Abg.Jit.
Tekejut apa pulak?” – sms saya.
Kita dapat order dari Sultan Kedah. Nak 10 ekor” – Abg.Jit.

Saya tergamam kejap..mata berpinau..hati berdebar..darah gemuruh..peluh jantan memercik kat dahi..rasa nak meraung gumbira!

Rolling..rolling..rolling…CUT!
Maaf – saya terpaksa stop dulu ok. Byk benda sgt nak kena buat masa ni. Maybe sambung minggu depan sbb esok saya nak share snapshots kat Pameran Tamadun Islam tu. Isk..dah rase mcm blog kambing pulak. Hehe..

Reality Check:
1. Rezeki datang mmg tiba2. “Kun fa yakuun = Jadi! Maka jadilah: Surah Yaasiin”. Kita cuma perlu percaya!
2. Baka kambing kt Malaysia mmg pelbagai. Contoh: Jamnapari, Kajang, Anglo Nubian, Boer, Saanen, Alpine, Australia dll.

Komen anda? Boleh juga klik di sini utk komen.
Ajaklah kawan2,awek,pakwe,isteri,suami,mak,datuk,auntie to join the fun kat blog ni..

-Amok-

Soon: rahsia hutan ‘virgin’ Danum terbongkar…😉

Comments»

1. akirasuri - 14 February 2007

wah comelnya!!
kandangnya kat mana ek?
nak pi melawatlah..
kena caj masuk ke tak?
ha ha ha..

2. kak chi2 - 14 February 2007

This is the 1st time writing in yr blog. Very interesting. Almaklumlah, to have the benefit of travelling using OPM, dah tak berkesempatan…. travelling via your experience pun jadilah. Have the opportunity to travel sponsored by co masa bujang2an dulu adalah. Then got married, settle down and having a family, travelling would be a hassle having to leave my anak2(5 orang dah tu, latest edition last 5 ramadhan) at home with my hubby. Keep up the good work and share yr experiences with us.

Haa… baby amir i tu belum akikah lagi, kot2 boleh le I order dengan u, kan….kan….

3. amokdemanis - 15 February 2007

akirasuri:🙂 kandang kat kedah (jwpn skema..huhuu). maaf foto kandang takde softcopy sbb mase tu xde lg camerafon. yg ni foto amik masa blk kedah baru ni.. nak melawat? boleh jek – free.. tapi tunggu dulu post next week sbb ada kisah tragik belum terbongkar.

kak chi2:🙂 welcome..welcome.. slamt bekenalan. hahak makin meriah pulak! tu la saya agak kalo dh kawin mmg susah sikit nk travel. takpe..saya akan share dgn semua – insyaallah. nak oder? boleh jek – no problem (confiden jek..heh).

4. Fuad - 15 February 2007

Macam murah jek Jantan tu RM700. Dgr orang ckp kurang2 pon RM2k. Hurm..

5. amokdemanis - 15 February 2007

fuad: murah jugak la tu sbb beli ‘in bulk’. yg RM2K tu musti baka Boer tu. hmm..

6. Niza Rejab - 16 February 2007

just wanna to say assalamualaikum….
baru join blog nie….
terjumpa kat dalam blog tip seminit – irfan khairi…
nice blog….
kandang kambing nie area mana?
kot kang balik kedah bleh singgah tengok….
beli anak kambing sekor wat pet ker…:)
hehehehe….( sebab nampak comel dlm gambar tuh…)

7. amokdemanis - 19 February 2007

niza rejab: walalaikumussalam🙂 welcome2.. area langgar.. dlm 12 km to aloq setaq.. hahaa.. buleh.. jemput la pi kandang. heh!

8. Niza Rejab - 22 February 2007

ooo…kat Langgar…
Masa balik kg raya cina ada gi Langgar….
pergi jumpa sorang bomoh kat ctu…me…my mom and my makcik
(kalo tak silap namanya Pak Lang Din kot..)

Kat belakang rumah nenek pun ada jiran yang bela kambing….
uuhh….pencemaran bau betul
Kandang yang dibuat terlalu hampir dengan rumah…
nak menegur …. jiran…
payah…payah….

9. amokdemanis - 23 February 2007

niza rejab: tu la. mmg x sesoai kalo buat dekat ngan kwsn perumahan. kandang saya tu kat kampung. kwsn luas – ada padang & byk pokok. so takde masalah ni. sistem pengudaraan mmg penting utk ternak kambing. oo..nenek org langgar. saya ni dok di perantauan sejak dari sekolah. org kampung saya kenal sikit2 jek. hmm..

10. exsmkak_class melor - 28 April 2009

cerita ternak kambing ni very interesting….tu la kan…kunfayakun….insyaallah kalau dah rezeki….so apa citer dengan demanis farm….setelah 3 tahun ni…….

u ex smkak kan….spm ’94…u class melor ke mawar yekk..dah tak ingat lee….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: