jump to navigation

Danum Valley-Betul ke Virgin? 21 February 2007

Posted by amokdemanis in Location.
trackback

danum1a.jpg Salam semua,

Hutaaaaann! Isk..letih saya le jalan dlm hutan! Naik bukit, turun lembah, trak lekat, lompat batu, terjun sungai, licin, terjelepok, mandi air terjun, redah daun kering, hati2 tepi lereng, panjat pokok, dengar macam2 bunyi, kena hurung dek pacat dan byk lagi aksi cemas, geram, letih, sakit, geli, lenguh, kagum, haru dan ‘push myself to the limit’. Itulah koleksi pengalaman saya di Lembah Danum yg penuh rahsia.

Tengok hutan mcm sama jek dgn kat semenanjung. Tapi dari mlm sampai pagi, baru saya sedar yg rupanya saya ni foreigner kt dlm tu. Dgn mata kasar kita tak nampak. Padehal beribu2 binatang berselirat dlm rimba Danum. Mengagumkan!

72 jam sebelum cerita di atas:
Saya, Nik & Christina berjumpa kat Airport Lahad Datu. Saya naik flight (Fokker) pagi sbb takde tiket dah. Dorang tgh hari. Besar gak L.Datu. Ingatkan kecik jek! Nik kawan saya masa matrikulasi. Pastu dia ke Jordan & ke UK. Skrg kerja kat LOFSA kat Labuan. Bulan depan dia dah nak tukar keje kat Dubai lak. Christina lak keje kat US Embassy di KL. Org Amerika. Cun. Hehe..

Hari pertama (siang):
Kami redah hutan dari Borneo Rainforest Lodge utk naik ke puncak banjaran kat situ. Trek pelbagai. Ada yg mampu mengancam nyawa, keupayaan & keberanian. Berkat fokus (dan jugak sbb ade Christina..heh!), saya mampu gak sampai ke puncak. Yeehaa..I’m the man!😉 . Dari atas tu dpt tengok lembah dari puncak. Dapat tengok hutan.  Ye..hutan. Hutan yg masih suci. Binatang tk nampak. Ada le burung2 yg tk penah tengok. Ade gak mcm2 bunyi pelik kita boleh dengar.

Sebelah malam:
Ada night safari. Kami dok kat blkg trak jek. Takde bumbung. Baru 20 saat, dah mula nampak rusa. Byknye! Rusa2 ni dok melepak atas padang sambil dok gurau senda ramai2. Heh! Lepas tu nampak sang kancil pule. Comel! Heheh.. Pastu jumpe lemur, musang, kongkang dll. Sambil trak jalan2, byk jugak fauna yg kami nampak! Kat belakang tu bersama kami ada tukang tunjuk. Dia la yg pasang spotlight dan bagi kami teropong binatang2 ni. Cekap betul dia ni. Baru le tau rupanya byknye menatang kat dlm tuh. Dari mlm sampai pagi, saya susah nak tido. Mcm2 bunyi binatang kita boleh dengar. Hebatnya!

danum1b.jpg Ian & Christina.

Hari ke-2:
Pagi2 lagi kami sarapan. Dahtu bawak lunch dlm beg. Hari ni 7 jam nak redah hutan. Ian (sorang arkitek dari UK yg keje kat situ) pun nak join kami. Tercabar saya dgn Christina & Ian! Dorang nampak ok jek. Hari ni lagi teruk. Dah le jauh! Trek lebih mencabar. Ada satu kwsn tu, mmg curam gile. Saya nyaris2 nak menggelungsur jatuh gaung. Tapi ok jek. Mampu redah. Rasa kemenangan lak lepas hadapi semua tuh. Mlm tu semua tido tak sedar diri sampai pagi. Hehee..

Pagi hari ke-3, kami pun blah..

Reality Check:
1. Tiap2 hari ada 3 penerbangan Fokker dari KK ke Lahad Datu. Dari Lahad Datu ke Lembah Danum amik masa 2 jam utk redah hutan sejauh 81 km.
2. Hutan Hujan kat Malaysia adalah pembekal terbesar Oksigen utk seluruh dunia. Hurm..
3. Redah hutan tebal dlm satu team paksa kita ‘push ourselves to the limit’. Bagus sgt!

Jumpa lagi,

-Amok-

Esok: byk lagi pengalaman ke Danum..

Comments»

1. kak chi2 - 21 February 2007

“Push yourself to the limit”… akak yang membacapun naik mongah nak ikut yr written adventure. Anyway, bila dan berada di persekitaran sebegitu, mengingatkan kita cantiknya bumi yang DIA cipta. Lucky u to have the experience.

Anyway, dah umur2 mcm akak ni lupokan lah….. Right now, tengah ‘Breaking my personal best’ untuk bekalan hari2 tuo nanti. Kalu teringin nak tau… bagilah yr email add and i will sent u something interesting to share.

Chao for now/Kak Chi2

2. amokdemanis - 21 February 2007

kak chi2:🙂 betul tu kak. mmg cantik ciptaan Allah. hurm..amaran keras utk yg tgh mengandung – jangan ngidam nak ke sana pulak.😉 hehe.. mmg mencabar!
erm.. mcm menarik jek kak? boleh je, ni email: mamin.demanis@gmail.com

3. akirasuri - 23 February 2007

teruja. lama dah tak meredah hutan. asek-asek meredah bangunan jek. gheeee😀

4. Mik - 23 February 2007

Mok,

Macam mana nak tau virgin ke tak?

5. amokdemanis - 23 February 2007

akirasuri: tu la..sesekali kena buat benda paranormal eh.. luar drp kebiasaan hehe. dahtu leh burn some fat.. hurm.

mik: hutan virgin tu kira untouched by kegiatan pembalakan la. danum ni mmg untouch.. cuma tebang utk buat jalan & research centre jek. expect hutan tebal. tapi rupanya kat dasar hutan mmg kosong sebab takde cahaya mentari dan juge daun kering tebal.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: