jump to navigation

Weekend Produktif & Laut Mati. 5 March 2007

Posted by amokdemanis in Santai-Lite.
trackback

kl-1.jpg Salam Hari Isnin.. 🙂

Tiba2 weekend ni semangat saya kembali naik. Membara! Weekend yg sgt produktif. Saya buat byk benda di KL.

Nota definisi: Husni & Munir: kawan di KL. Nik: kawan di Labuan.

Jumaat (malam):
Baru jek landed kat KLIA dari Miri. Ngeri gak flight petang tu sbb awan hitam tebal. So, flight mcm melayang tak tentu arah sikit. Kalo org ngandung, sure ter’beranak’ dah. Haha.. Lepas solat, terus surfing blogs dan buat online research sikit.

Sabtu (siang):
Sehari suntuk saya gi kursus kat Subang Jaya. Ni yg bayar sendiri punya. Kursus apa – biarlah rahsia..heh! Dapat ramai rakan baru. Harap dorang akan visit blog saye la..hehe.. dan leh kongsi idea baru dgn saya dan rakan2 sekalian.

Sabtu (malam):
Plan nak ke UIA kejap dgn Husni. Tak sangka Nik pun baru jek landed kat KLIA dari Labuan. Kami pun ajak la dia join. Lepas mkn dan lepak lama2 gak kat kwsn warung dekat2 situ, kami pun hantar dia ke KL Sentral balik. Pukul 1 tgh malam tu dia nak gi Dubai lak. Ni bukannye nak lapor diri lagi utk keje yg dia baru dpt hari tu. Tapi, nak gi interview utk satu pos lain dgn sykt lain pulak. Hahah.. Mmg satu la dia ni..

Ahad (pagi):
Husni lak sebok nak tunjuk foto2 dia gi Jordan minggu lepas. Dia ke sana atas urusan kerja. Pastu, terus stay 2-3 hari dgn duit sendiri. Menakjubkan bila tengok foto2 tu. Dia melawat Laut Mati, Kota Purba dekat Amman, Kwsn Ashaabul Kahfi dan sekitar Jordan. Saya amat2 teruja! Menakjubkan la.

Ahad (tengahari):
Saya dan Munir ke KLCC. Melepak kat Kinokuniya & Times sampai ke petang. Ramainye rakyat Malaysia ke KLCC masa weekend! Isk..

Tgh malam tadi, saya dah landed kat Miri balik.

Reality Check:
1. Hidup ini adalah ‘perjalanan’. Kat mana2 pun bumi Allah. Ulang balik: Kat mana2 pun bumi Allah << tapi ramai org tak sedar.

Babai..jumpe esok!

-Amok-

Esok: Nak cerita lebih sikit pasal Laut Mati, Kota Purba dekat Aman, Kwsn Ashab al-Kahfi & Sekitar Jordan.

Comments»

1. akirasuri - 5 March 2007

“Ramainye rakyat Malaysia ke KLCC masa weekend!”

atau ramainya indon/bangla/nepal ke klcc masa weeken?

he he he..

2. amokdemanis - 6 March 2007

akirasuri: hahaa..erm mungkin jugak! x terpike lak.. 😉

3. chot - 6 March 2007

aku bekerja kat klcc lagi la..naik pening kepala aku bila tgk anak2 melayu punya pakaian..hehe

4. amokdemanis - 6 March 2007

chot: tu la chot.. ingat masa aku based kt KL, jgn harap weekend nak gi klcc..hehe

5. hayad - 12 March 2007

Ahad tgh hari melepak ni Kinokuniya smpai ke ptg ?? kita berada di tempat yg sama, mungkin juga masa yg sama :p

6. amokdemanis - 12 March 2007

hayad: eh yeke? laa apasal tk ‘say hi’ ? hehee..


Leave a comment