jump to navigation

Bicara Hotel: Concorde KL 26 March 2007

Posted by amokdemanis in Hotel.
trackback

concorde.jpg Salam bertemu lagi,

Awas! Ini bukanlah sebuah pesawat. Heheh.. tapi sebuah hotel yg ‘tak lapuk dek hujan & tak lekang dek panas’ kat KL ni. Hari ni kita bicara hotel kejap ok.. zuusss

Walopon Hotel Concorde dah wujud kat KL ni sejak Zaman Triassic lagi (sah la menipu..hahak), tapi hotel ni sentiasa lincah mengikut trend. Apa taknya..menjelang jek milenium baru, hotel ni dah ubah senireka dalaman. Ikut konsep Zen yg moden dan minimalist.

Ikut2 tu, hotel ni 4 star. Dek sebab tu, saya dpt la stay kat bilikPremier King‘ kat hotel ni. Memang berbaloi sgt2. Kalo kat hotel 5 star lain, kita dpt bilik biasa jek. Tapi kat sini, dapat dok bilik ‘premium’. Lalalalaa..

Apa beza? Yg paling best, kita boleh chek-in kat ‘lounge‘. Dahtu, kita jugak boleh gi lounge tu bila2 masa jek. Kat situ ada TV besar, sofa2 yg byk utk borak2 dgn kawan2, cookies free, pelbagai jus free, kopi, majalah, ensiklopedia dll. Jadi, selain di bilik, kita jugak boleh melepak kat lounge yg jauh lebih luas drp bilik.

Selain drp bilik ‘premium’ yg moden, ada jugak 2-3 bilikPremier Executive King‘ klasik yg masih disimpan. Harga sama jek dgn bilik moden. Tapi, bilik ni lebih luas. Dahtu dlm bilik ni, ada bilik tido, ruang tamu, 2 tandas & bilik air berasingan. Dah jadik mcm apartment pulak. Kalo bawak family, baik book bilik ni awal2. Mmg untung. Luas tapi murah.

Satu lg, paling saya enjoy ialah limosin free dari KLIA ke hotel. Maknanya jimat lg duit poket utk teksi KLIA yg mahal tu. Tambah selesa sebab takyah beratur nak beli tiket.

Sinopsis Hotel:
Lobi: Tak cantik. Padan le dgn status 4 star. Tapi bukan la teruk sgt. Ok jek.
Servis: Staff yg mesra dan welcoming.
Bilik: Zen atau klasik – ikut pilihan anda. Iron, meja tulis, sofa, bathtub, shower, internet free – ada.
Kekurangan: Band kat hotel ni punya la pitching lari. Huhu. Agaknye yg ‘ok-ok’ dah pakat lari masuk AF5.
Makanan: Mcm hotel2 lain. Breakfast free tepi kolam.Best!
Kadar: Mcm yg saya duduk tu – Std Rate: RM 350+/night. Tapi corp. rate: RM290+ jek. Tu dah termasuk limosin tu.
Extra: DVD player, Hifi, Kolam yg cantik, Spa, Gym, Lounge free dll.

Reality Check:
1. Kekuatan Concorde ialah pada servis yg ditawarkan pada harga yg jauh lebih murah drp hotel 5 star lain. Amat2 berbaloi utk duit yg kita belanjakan. Paling cost-effective.

Apa komen anda?

-Amok-

Akan datang.. nak cerita pasal Miri pulak.

Comments»

1. akirasuri - 27 March 2007

lalalala~ ehem! incet J kat sana besh tak😛 ha ha ha..

oh ohh kekurangan pitching lari? wah! blh jadi pengkritik ni😛 eheh~

lalalala..to earn a profit, concorde must select a price that is not too high or not too low, a price that equals the perceived value to target consumers..and they had done a great job..ha ha ha apa aku merapu ni?

2. Niza Rejab - 27 March 2007

eemm…nak lari topik sket….
Sabtu ( 24/3) lepas dalam SukanDotCom….TV1 kul 5 -530ptg…
ada disiarkan pertandingan kuda di Jitra ari tu…
Wah!tak sangka….besar betul pertandingan tu…
Sultan kedah ( rasmikan pertandingan) ….dan Sultan Mizan pun turut bertanding….( walaupun tak menang….)
Dan sorang lagi yang pernah jadi celebriti…..Wan Hafizam …yang pernah jadi front page news suatu ketika dulu ( yg derma hati) turut serta…
Wan Hafizam menang dalam salah satu acara yang dipertandingkan……acara 800 meter.

rasa bangga lah plak…hehehe

3. Fuad - 27 March 2007

Konsep Zen tu penama rimau yerk?

4. amokdemanis - 28 March 2007

akirasuri: ehehehh😀 . betul tu.. setuju ngan idea tu.. maklum la org ekonomi.

niza rejab: laa..nape x cakap awal2 ? heh.. tu la mmg besar. kan ke sultan pun join. sultan mizan mmg sorang peminat kuda (eh dia ke yg jatuh kuda tu..). thanks for sharing. saya miss lagi..hmm

fuad: konsep zen tu mcm foto kat atas tu la. dia mcm moden, garang dan tak semak. anyway, yg rimau2 ni konsep dlm seni pertahanan diri tak? ehehe..

5. Boy George - 24 April 2007

Oh wait. Yes, I have. I’m sorry, but I just don’t have it in me right now to type it all out again. Besides, it was just ramblings anyway. You didn’t want to hear me go on and on about this, right?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: