jump to navigation

Labu Labuan. 30 April 2007

Posted by amokdemanis in Location.
3 comments

Salam pertemuan

Tup-tap..tup-tap.. dah hari terakhir bulan April,2007. Isk.. hectic betul saya bulan ni. Setiap minggu ada jek outstation di luar Miri. Walopon best jalan2.. tapi ni kali pertama saya rasa serik & blur semacam.

labuan1a.jpg
Labuan – dari Hotel Sheraton. Byk kapal sdg berlabuh.

Dahtu tergezut gak bile si Aizat diAFUNDI keluar mlm Sabtu lepas. Hehe.. layan jugak. 😉 Ingat zaman universiti dulu, saya pun byk show. Nasyid la..hehe. Dlm dok sibuk dgn assignment ‘programming‘ yg kena hantar 2 kali seminggu tu pun, saya sempat tour seluruh Malaysia buat show dgn kawan2. Tengok program ni burst back my adrenalin level – rasa gemuruh bila nak keluar atas stage tu. Pastu, bila dah perform rasa puas sbb dpt hiburkan org ramai sambil bagi mesej positif.

Ok lah.. trip saya ke Labuan, Ahad-Khamis lepas lancar jek. Naik flight FAX (Fly Asian Express) sbb takde MAS dr Miri ke Labuan. Silap sikit la kursus ni buat minggu lepas. Kalo minggu ni, dapat le saya join Pesta Air Labuan.

5 hari kat sana, sah berat badan saya naik! Ape taknye, tiap2 hari – siang makan 4 kali (sbb kursus). Malam pulak.. dok melantak seafood kat restoran dgn kawan2. Mula2 keluar dinner ramai2 sbb ingat nak networking. Maklum la, peserta2 dari kwsn lain2. Bila dah jumpe seafood – makan tak ingatnye (sampai foto time dinner pun saya lupe nak amik).. hehe. Bile dah kenyang mula la nyesal. Tapi tak lama.. esok tu melantak balik.. heh!

Kawan2 saya dari KL, Pahang & Terengganu punya la seronok bershopping. Yg perempuan dok sebok beli aksesori kristal & mutiara. Tak lupa gak yg lelaki.. pun sama naik borong itu-ini utk family. Seronok pulak saya tengok gelagat dorang. Tiap2 hari, habis jek kursus – ON TIME – mule la dorang merayap kat pasar di bandar.

Yang hantu coklat pulak.. tanpa berlengah2 lagi buat survey kedai mana yg paling murah sbb nak beli byk2 mase last day. Eh.. tapi mmg murah jugak coklat kat Labuan ni. Ferrero Rocher yg harga RM35 tu boleh dpt RM22 je. Ade kawan saye yg sorang ni siap beli 20 kotak Ferrero Rocher sbb nak buat gift perkahwinan. Emm.. dekat RM500 tu. Hehe.. Saya pun beli gak sikit utk teman2 ofis.

Konklusinye.. seronok jugak trip ke Labuan kali ni. Sambil stay kat Sheraton, dapat ilmu baru & networking. Tapi byk lg yg saye nak kongsi dgn anda. Nantikan next post ok.

Reality Check:
1. Labuan sebenarnye mcm gudang simpanan stok tanpa cukai yg sgt besar. Asean Supply Base pun ade kat sini.
2. Rahsia kejayaan Sam Walton (Wallmart) ialah ‘distribution’ & ‘inventory control’.

Nota Tapak:
Selamat Hari Buruh. (Isk.. tak sangka aku seorang buruh).

Jumpe lagi.

-Amok-
Visit Malaysia Year 2007.

Bicara Hotel: Nikko KL 20 April 2007

Posted by amokdemanis in Hotel.
11 comments

nikko1c.jpg Jumpa lagi,

Hari ni kita bicara hotel kejap ok.. dah lama tak cakap pasal hotel. Hotel Nikko KL. Jom..zeeiisss

Last sekali singgah kat sini pada hujung tahun 2006. Hotel dari negara matahari terbit ni tak le terlalu oriental pun. Sebenarnye dekorasi dalaman die berasaskan Inggeris Klasikal – ada wallpaper – cadar bunga2 – kemasan emas etc. Lebih kurang sama dgn Mandarin Oriental. Saya sgt2 berharap hotel ni letak bunga sakura ke etc dlm bilik..hehe.

Pun begitu, susah jugak nak book hotel ni. Maklum je la, hotel ni musti pilihan utama org Jepun yg dtg Malaysia (tolong kaum). Staff JAL (Japan Airlines Systems) pun stay kat sini. Dahtu lokasi dia yg tak jauh dari KLCC mmg mampu menarik pengunjung. Citibank pun berkembar jek dgn hotel ni.

Yang paling menarik, staff berbangsa Jepun kat hotel ni akan bercakap Bahasa Melayu dgn kita. Saye mmg impress sgt masa tu. Ada le pelat2 dia. Tapi tu yg buat lebih cute. Hehe.. Dahle saya mmg minat Japanese /Chinese look (hmm..pandai betul dorang ni buat bisnes) 😉

nikko1a.jpg…..nikko1b.jpg

Sinopsis Hotel:
Lobi: Menarik gak. Tampak mewah. Cuma lebih bagus kalo siling lebih tinggi. Tak le impressive sgt.
Servis: Staff yg mesra, comel dan welcoming.
Bilik: Classical English. Iron, meja tulis, sofa, bathtub, shower – ada.
Kekurangan: Internet kene bayar RM68/day. Mahal tul.
Makanan: Mcm hotel2 lain. Breakfast tak sempat amik sbb terkejar2 nak gi meeting dgn Board.
Kadar: Mcm yg saya duduk tu – Std Rate: RM 655+/night. Tapi corp. rate: RM300+ jek.
Extra: Kolam, Gym dll.

Reality Check:
1. Kekuatan Nikko adalah sebab support yg tak berbelah bahagi drp rakyat Jepun sendiri yg dtg ke Malaysia.
2. Lokasi hotel ni pun baik. Dah lama ada kat situ sebelum wujudnya KLCC.
3. “Luck is when preparation meets opportunity,” Pierre Elliott Trudeau

Jom Outing:
National Water Festival Labuan
(1 – 6 May 2007)
Email : mtpl@labuantourism.com.my.
Website : www.labuantourism.com.my
(a) Rolex IGFA International Game Fishing Tournament
(b) Cross Channel Swimming Challenge
(c) Labuan International Extreme Kayak Challenge
(d) Round Island Kayak Challenge

Ade komen? Hehe..

-Amok-
Visit Malaysia Year 2007.

Soon: Ahad-Khamis ni saya ke Labuan. Ada kursus lagi. Kene melawat warehouse jugak. Nanti saye share apa yg menarik kat sana k.

Bermodelkan Lembu. 19 April 2007

Posted by amokdemanis in Santai-Lite.
10 comments

Salam dari Miri 🙂

Alhamdulillah. 3 meeting berasingan di KK hari tu berjalan lancar. Ada 2 CEO  yg muncul. Satu CEO lg takat kirim salam jek melalui anak buah. Mcm selalu, time habis semua benda formal mulalah saya dok tanya itu ini kat CEO2 ni. Byk yg kita dpt belajar bila bertanya.

Ada sorang ni dah in bisnes 30 thn. Bermula kecik2 jek. Target market die: Oil & Gas. Bisnesnye punya la nampak senang. Bekalkan tenaga buruh je. Tapi.. selepas 30 thn, paling kurang pun dia dah dpt kontrak lebih RM3 Billion. Kalo saya ‘kerja‘ dedicated gila babun pun, sure takkan dpt byk tu nye lah. CEO satu lg pun kalo tk lebih, dekat2 sama je lah. Hmm..

Balik ke Miri, saya kena gi workshop pulak. Sehari suntuk kat luar ofis. Ni utk set KPI (Key Performance Indicator) utk ‘tahun kewangan’ baru. Semalam baru leh masuk ofis. Dah agak..musti keje bertimbun. Ok jek.. I’m paid to do that. 😉

Eh.. anyway, hari ni taknak cerita pasal jln2 mcm selalu. Tapi nak share sesuatu yg exotic (pada saya la – mungkin tak..pada org lain). Snapshot ni amik 17 Mac dulu kat kampung di Alor Setar. Kenapa exotic? Sebab lembu2 ni liar. Dan saya dgn susah payah (ala jurufoto National Geographic.. heh!) dok mendekati lembu2 utk snapshots terbaik. Hehe.. mmg keje gila. Tapi out of the box! Saksikan..fuusss..

lembu1a.jpg…..lembu1b.jpg
1. Sefamily lembu dok bercanda bebas. Jeles rasanya.
2. Baby ni masih nak dok dekat mak die. Manja.

lembu1c.jpg…..lembu1d.jpg
3. Twin dorang nih rupenye. But the mom is still young.
4. Baby ni perasan dia diintip. Die cube jadik CSI..hehe..

lembu1e.jpg…..lembu1f.jpg
5. “Eh! Ade orangla.. Isk!”
6. Die pun cepat2 blah. Mak die lak cuba pastikan keadaan terkawal.

lembu1g.jpg…..lembu1h.jpg
7. Ibu ni pun beranak twin. Bulu dia mengingatkan saye kat padang pasir.
8. Lahap betul yg sekor nih. Tapi si ibu tetap sabar..layan..

Reality Check:
1. Rasa ‘bebaaas‘ bile boleh buat keje gila2 mcm ni.
2. “I have no special talent. I am passionately curious.” : Albert Einstein.

Nanti saya share lg foto2 ke Tenom.

Nota Tapak:
1. Tahun Melawat Malaysia dilanjutkan ke bulan Ogos, 2008.

Until my next post.

-Amok-
Visit Malaysia Year 2007.

Keretapi ke Beaufort & Tenom. 16 April 2007

Posted by amokdemanis in Location.
15 comments

Salam dari Kota Kinabalu 😀

Musti ada yg sakit hati kan? Hahaa.. lepas kursus kat KL minggu lepas, saya sempat ‘singgah’ 2 hari kat Miri (nama jek dok kat Miri..hehe). Ni saya kat Sutera Harbour, KK. Semalam fly awal2 pagi lagi dari Miri. So, boleh la enjoy baca buku jap kat tepi laut ni ha. Besh.. Mcm biasa, ramai org Jepun & Omputeh dok kat hotel ni.

Hari ni pulak ada 3 meeting dgn 3 kontraktor. Harap2 ada la CEO yg dtg. Boleh la juge belajar2 drp perhatikan dorang kan? Hmm..bila la my turn nak jadik CEO ni. Mungkin kita semua bole jadik CEO kot satu mase nanti? Hehe..

Hari ni nak tunaikan janji (asyik janjii jek.. 😉 ). Nak tunjuk foto2 ketapi ke Tenom minggu lepas. Keretapi Borneo ni sebenarnye ikut trek ni:

  • KKPaparBangawanBeaufortTenom.

Tapi buat masa ni tgh ada baikpulih dari KK – Beaufort. So, dgn tiket RM7.50 (murah sgt..) – kita kena naik bas dari Stesen Keretapi North Borneo Railway di KK utk ke Beaufort. Beaufort ke Tenom baru naik ketapi. Menarik! Saya rasa mcm kembali ke tahun 50-an.

Ok lah.. tanpa membazir masa, jom kita tengok foto2 ketapi purba di KK.

keretapi1a.jpg…..keretapi1b.jpg
1. Kat Stesen KK, ketapi ni tgh dibaikpulih. Nampak cun kan? Mcm baru. Rasanya, tahun depan musti best lg naik tren ni.
2. Logo North Borneo Railway. 1896: Dah lebih 100 tahun tren enjin stim ni beroperasi.

keretapi1c.jpg…..keretapi1d.jpg
3. Ni tempat letak brg dlm ketapi sebenar dari Beaufort ke Tenom. Klasik.
4. Sorang makcik merenung keluar dari dlm ketapi. Dlm tren, kita akan rasa bergegar. Perut saya jadik kotak2 lepas beberapa jam dlm tren nih. Hahaa.

keretapi1e1.jpg…..keretapi1f.jpg
5. Kat luar tu Sungai Padas – plg sesoai utk rafting. Mmg menarik sgt sceneries kat luar ketapi.
6. Die ni berenti kt byk kwsn spnjang trek. Ni sbg contoh.

keretapi1g.jpg…..keretapi1h.jpg

7. Option – kita leh juge duduk kt gerabak yg takde bumbung.
8. Station Tenom yg baru. Dah dekat nak siap.

Reality Check:
1. Tren ni bergerak 2 kali sehari – pukul 8am & pukul 5pm.
2. Saya baru ‘realised’ betapa susahnye org2 kat kwsn pedalaman Sabah nak ke luar. Sungguh terasing.

Mintak maaf sbb lambat updet blog. Byk betul jalan2 masa ni.
Semoga berjumpe lagi.

-Amok-