jump to navigation

10 Perkara Wajib Tahu Pasal Miri. 2 April 2007

Posted by amokdemanis in Location.
trackback

miri2a.jpg Salam berminyak drp saya,

Hehe.. seronoknya saya cuti 3 hari. Boleh rehat betul2 & puas2. Hari ni bermulalah New Financial Year utk kerja sbg kuli kt sykt ni. Isk.. tak sabar menanti saat utk berjaya dgn sykt sendiri pulak. Buat bende yg saya suka.

Mengomel la pulak mamat ni kan? Haha.. sesekali..

Anyway, hari ni saya nak kongsi 10 benda ajaib kat Miri ni. Saya pasti ada yg akan kata – erk? yeke? ooo.. – utk fakta yg pelik2 tapi benar2 berlaku setelah kita dah 50 tahun merdeka. Kita saksikan..

1. Surat khabar ‘nasional’ – Berita Harian, The Star, NST, Utusan – paling awal pun boleh beli pukul 4.30pm ke atas tiap2 hari.

2. Harga surat khabar ‘nasional’ lebih mahal 10 sen drp published price. Dahle harga East Malaysia lg mahal drp Semenanjung.

3. Roti Gardenia takdek. Susahnya nk beli roti ‘halal’.

4. Jalan raya kat sini mcm ‘ombak darat’. Daah.. nama jek jln tar tapi takleh laju2 sangat sbb tar die turun naik.

5. Kisah rumah kena rompak, org kena kelar dek Fuk Chau😮 & lain2 kisah kejam selalu jek keluar kat paper tempatan tapi tak pernah dengar kat berita nasional.

6. Ada masa org Brunei takut nak dtg Miri sbb selalu kereta kena curik. Org Brunei pun satu, dtg Miri naik la kereta yg paling buruk. Jgn bawak kereta canggih maa.. hehe..

7. Idris Jala (CEO MAS) dulu sekolah kat sini. Dia org Bario. Begitu jugak beberapa GM kat Petronas & Shell.

8. Kalo pukul 8am hujan lebat, jgn terkejut kalo pukul 9am tiba2 jek panas terang benderang mcm takde ape2.

9. Nak makan kerang? Baik tak payah. Sekilo RM8.00.

10. Saye tinggal kat sini skrg.. waaaAAA..😥 nak baliik Semenanjung! Hahak..

Reality Check:
1. Semua yg kat atas tu adalah reality.

Nota Tapak:
1. Sabtu & Ahad lepas ada Travel Fair kat KL. Sesapa yg gi, silalah share info. Dengar kate byk pakej umrah.. eh murah?
2. Undian (poll) kat NTV7 Sabtu lepas: 54% rakyat Malaysia setuju pakej2 yg ditawarkan murah. 46% kata tak.
3. Jgn lupa Petronas Malaysian F1 Grand Prix (6-8 Apr) dan National Water Festival (6 Apr-6 May).

Until my next trip,

-Amok-
Visit Malaysia Year 2007.

Esok: Jom pegi Gua Niah!

Comments»

1. fiq - 2 April 2007

waaa. seronok betol. aku teringin nak gi jejalan camnih. mcm mcalas da nak keje opis nih. adoi

2. akirasuri - 2 April 2007

awak.
yang no 10 tu fact yang kita tak tahan tu. ha ha ha.
Gua Niah? Nak ikut!! ha ha ha.

3. amokdemanis - 2 April 2007

fiq: keje kena betul2.. main pun betul2 (work hard play hard). tu la.. harap2 boleh usaha gigih lg utk kejayaan kita masa depan. mind our own business.😀

akirasuri:😀 esok ok.. esok.

4. mohdismail - 2 April 2007

🙂
memang sejak dulu mendengar tentang kos sara hidup yang tinggi kat sarawak..
lebih2 lagi kalau pedalaman…

he he…
paper nasional dtg kul 4.30 petang?
tengok tv lagi efektif rasanya…

5. amokdemanis - 3 April 2007

mohdismail: welcome..haha.. betul tu. kos sara hidup mmg lg tinggi dari KL. yg tk puas hati, miri ni dah bandaraya. hurm.. baik tengok tv & internet.
p/s:kat tv smlm: brg mahal sgt kat sini sbb sekatan gengster. kat miri jek ada tk kurang 3 team.

6. lia_miak swk - 18 May 2007

bukan aper paper dtg lambat sebab ada yg diimport khas dari semenanjung.aku dah masuk kali kedua p gua niah.memang best o..yang penting kena kuat fizikal.trailnya boleh tahan jugak jauhnya.hehe…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: