jump to navigation

Niah 3 April 2007

Posted by amokdemanis in Location.
trackback

Salam bakal pelancong,

Nota puncak:
1. Good luck kat Datin Paduka Sh Mazlina yg nak ke North Pole pagi ni.
2. Firefly (anak sykt MAS) tgh bagi tiket flight free 2000 seats.

niah1a.jpg…..niah1b.jpg

Hari ni saya nk berceloteh pasal Gua Niah. Musti semua pernah dengar kan? Saya pertama kali gi sini pada Februari 2006 (ceh..mcm dah gi byk kali..hehe).

Masa tu gi dgn sorang kawan saya kat Miri (nama dirahsiakan atas sebab2 keselamatan). Naik kereta. Asal2 plan nak gi ramai2 – dlm 4 org. Tapi plan tak jadi sbb yg lain kena outstation.

Ni nak bagitau rahsia. Sebenarnye kami kidnap kereta kawan yg gi outstation tuh..haha. Perkara biasa la kat sini, teman serumah & diri sendiri selalu outstation. Kadang2 kita lebih byk jumpe org lain drp housemate.

Ok..ok..berbalik pada tajuk.

Perjalanan kami sejauh 109km amik masa 2 jam dari Miri dgn kereta. Jln raya bertar mcm biasa la. Cuma ada 1-2 kwsn yg teruk kena lanyak dek lori balak. Kiri-kanan hutan sekunder. Tiba2 jek jumpa Pekan Batu Niah. Pekan koboi. Dlm 3km pastu sampai la ke Pejabat Taman Negara Niah.

Kat sana, kami sewa chalet. Cantik! RM40 semalam. Satu bilik boleh dok 4 org. Pada saya mmg murah sgt le berbanding servis & tempat tu.

Utk tak membazir masa, petang tu jugak kami siap2 utk masuk gua. Mula2 kena seberang Sungai Niah dgn bot – RM1. Dekat jek – dlm 20 meter. Seberang sungai, ada Muzium Niah. Lepas tu jek, pendakian pun bermula. Laa.. ingatkan challenging. Rupanya senang jek. Dah ada jalan pelantar kayu. Berlumut pulak tu.

Segar, nyaman, syahdu, kudus & murninya hutan ni. Sejuk mata memandang. Otak tiba2 jadik segar. Kita cuma perlu atur langkah. Pun begitu, utk sampai ke pintu gua, kena jln 3km jugak tau. Boleh mengah utk org yg tak selalu exercise. Mujur saya fit (heheh..angkat bakul).

Amaran: kita kena plan timing kita betul2 sebelum masuk gua ni. Satu, sbb die luas & panjang. Dua, sbb gate akan dikunci lepas pukul 5.00pm. Iye..sebelum masuk gua, ada gate. Kalo anda pernah tengok filem Jurassic Park 3, gate dia macam gate sarang burung dinosour tuh.

Eh..sebelum tu, dekat2 gate tu jugak ada la Org Iban dok jual kraftangan. Dorang ni tinggal kat rumah pjg Chang yg dekat2 situ je. Boleh gak tengok demo ‘live’ buat kraftangan jap.

Ok.. skrg bayangkan anda berdiri kat pintu Gua Niah. Ya Allah.. besarnye gua ni. “Subhanallaaah..” tu lah ucapan  pertama saya bila melangkah masuk ke pintu gua. Dakwaan kate gua ni boleh muat 40 pesawat Boeing 737 tu boleh kata benar la. Gua ni mcm dewan2 besar kat universiti. Tapi lagi..lagi..lagi besar. Mcm dewan besar dicantum2 byk2 bijik. 60m tinggi X 250m lebar. Siling dia (eh.. betul ke siling?) menjulaang ke atas.. lantai dia menjunaam ke bawah. Stalagtit & Stalagmit toksah cerita. Mmg pelbagai.

Masuk jek dlm gua, hish.. tengiknye bau. Rupanya bau taik kelawar. Sabar je la. Gelap gelita! Lebih teruk..torchlite yg saye bawak tu punya la cenonet. Ingatkan ok, tapi mmg takleh diharap. Mujur kawan punye besar sikit. So, boleh la kami menelusuri gua agung ni.

Hati saya masih lg rasa kagum yg amat sgt. Besarnye gua ni. Makin masuk dlm, lagi rasa besar. Walopon dah ada trek, kita tetap kena turun tangga, naik tangga, turun gaung, melompat, hati2, atur langkah & kena berani. Ada jugak, kita kena masuk lubang & terowong semulajadi. Lemas rasanya. Dah le sunyi sepi. Sesekali ada la bunyi kelawar. Sambil2 tu nampak cahaya silau2. Rupenye ada Org2 Iban yg dok amik sarang burung. Kita boleh tengok dorang beraksi 5060 meter ke siling gua mencungkil sarang burung lyg2. Bahaya tak? Memang la. Kat bwh ada stalagmit & gaung dalam. Kalo jatuh, sure jadik.. isk tanak sebut la.

niah1c.jpg Selain torchlite comel, saya jugak bawa mini microskop (21X). So, boleh la saya tengok organisma2 seni kt dlm tu. Dlm batu tu pun byk organisma hidup. Kagum! Hidup tanpa cahaya.

Cukup dulu ok utk hari ni.. panjang lg nak cerita ni.

Reality Check:
1. Bersyukurlah dgn cahaya & ‘cahaya’ yg kita dapat hari2. Syukur. Alhamdulillah.
2. ‘We encourage Starbucks designers to get a life. Working day & nite on your ‘work job’ doesn’t foster inspiration from outside sources.’ Doug Keyes, Starbucks.

Any comment?

-Amok-
Visit Malaysia Year 2007.

Esok: Sambung lagi..saya akan bawak anda tengok lukisan purba kat dinding gua pule.

Comments»

1. akirasuri - 3 April 2007

nama terpaksa dirahsiakan?
ha ha ha pergi dengan gf ek. wah! kantoi! wahahahaha [gelak jahat gila]

kalau banyak berjalan, makanya kita banyak dapat melihat kehebatan ALlah. oh ohh!

2. amokdemanis - 3 April 2007

akirasuri: tak le.. ehehe.. saye ni masih single.. tak caya? cube tanya saya..😉

3. mohdismail - 3 April 2007

he he..aku tunggu nak tengok lukisan dalam gua..🙂

4. amokdemanis - 4 April 2007

mohdismail: ok.ok.. nanti publish. hehe..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: