jump to navigation

Niah: A Haunted Cave! 4 April 2007

Posted by amokdemanis in Location.
trackback

Salam dari gua😀 ,

Tanpa berlengah2 lg, jom kita sambung cerita semalam. Zaaap..

Tmn Negara Niah ni luas. Bukan satu gua jek. Tapi ada beratus2 gua. Contoh: Besar, Bulan, Pedagang, Lobang Angus, Lobang Tulang, Gan Kira & Kain Hitam. Semua ni muncul satu lepas satu lepas satu. Gua Besar je, dh ada 8 mulut tau. E’em..

niah2a.jpg…..niah2b.jpg

Kat Gua Pedagang kita bole tengok stalagmit & stalagtit yg unik. Ni dek sebab balikan cahaya dari luar la. Tapi ingat, jgn lupe bwk torchlite besar ok. Kalo tak, mmg frust jek nanti. Kat gua2 lain mmg gelap habis. Hanya dgn torchlite kita boleh tengok maacam2 rupa bentuk formasi batu. Unik2 belaka! Di luar imaginasi saya.

Lepas habis satu gua, kami ke gua lain pulak. Cuma ikut trek jek. Tak susah. Tapi mmg kena ada motivasi tinggi. Kalo kita dah tak mampu, patah balik je la sbb jauh jugak nak habiskan semua tu. Tapi masa tu anda musti terpike.. ‘aku dah susah2 dtg sini jauh2..baik habiskan semua’..hehe. Utk kami 2 org, takde masalah jln sampai habis (wah2..mcm steady jek ko tuleh yek? hihi..).

Last sekali Gua Kain Hitam (Painted Cave). Kat sini la ada lukisan merah kat dinding gua tu. Dahtu ada keranda bentuk perahu. Tapi ade pagar. Takleh masuk dekat sgt la.

niah2c.jpg…..niah2d.jpg

Balik jek mlm tu, terus terbungkam sampai ke pagi. Ape taknye? Masa jln2 nak balik, saya tergelincir kat celah batu. Habis lebam drp tepi lutut sampai ke pangkal peha.  Mula2 buleh tak sedar tuu. Masa nak tido, baru nampak. Biru-ungu. Esok tu terus demam. Hmm.. I think that’s the price to pay for being a hero..😉

Cukup cerita.. ni ade lg fakta2 tambahan yg menarik:
* Org Zaman Paleolitik & Neolitik pernah dok kat sini.
* Gua Niah – antara gua batu kapur terbesar di dunia.
* Tom Harrison dok kaji gua ni sejak 1954 & jumpe tengkorak budak laki2 15 tahun (berusia: 40,000 thn).
* Kat sini ada byk spesis: kelawar-23 , tupai-6 , primat- & burung- >200.
* Ade Cicak Gua Niah lak tu (Cyrtodactylus cavernicolusthis). Dok dalam gua jek die nih.

Reality Check:
1. 30% drp ‘satu benda’ adalah lebih baik drp 100% drp ‘takde bende’.

Ade komen?

-Amok-
Visit Malaysia Year 2007.

Esok: Saya kat Kota Kinabalu sbb ada meeting. Pastu terus ke KL sbb ada course. Mlm ni fly.

Comments»

1. akirasuri - 4 April 2007

salam.

hahak. tak apa, lebam pun sudah jadi hero bukan🙂

oh oh selamat terbang.

2. chot - 4 April 2007

ko kerja apa hah? byk masa g travelling…pelik betul aku..

3. amokdemanis - 5 April 2007

akirasuri: heheh..tu la. i was born to be a hero..heh! hero pon sakit tetap sakit.. hahah..

chot: aku keje buat tenders & contracts. mmg byk travel. tambah lak aku kat operation ofis. kena deal dgn frontliners. sbb tu byk travel. it’s a part of the job. mujur that’s my passion (tang travel tu je la..hehe). sambil buat keje, bila dah kat satu2 location tu aku mula la discover tempat2 tu. hmm..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: