jump to navigation

Miri-KK-Beaufort-Tenom-KK-Miri-KL. 12 April 2007

Posted by amokdemanis in Santai-Lite.
trackback

update.jpg Salam dari KL🙂

Saya ubah plan. Cancel trip ke Kundasang. Sebagai ganti, saya bukan setakat pegi ke Beaufort, tapi lajak terus ke London (tipu jek..hehe). Sebenarnye saya ke Tenom, Sabah. Wuiish.. best jugak jalan2 merantau ukur jalan kat negeri orang. Hehe..

Ni bukan apa..dek sbb kena ugut ngan kawan saye kat KK la – (Fizzy-lawyer). Dia siap kate masa ni gengster2 dok tuang diesel kat jalan bagi  kereta jatuh gaung. Isk! Tau la lawyer.. cakap mmg convincing.. hmm. Sbb nak elak semua tuh, saya pun buat keputusan ke Beaufort.

Sebelum tu.. meeting kat KK hari Khamis tu ok jek. Kontraktor yg dtg meeting pun siap bawak satu kapal. ‘Confidence level’ saya makin bertambah lepas meeting. Tak pernah terfikir masa dulu2 yg saya akan duduk semeja dgn CEO dari kompeni lain sambil borak2 mcm kawan. Masuk ni dah lebih sepuluh kali saya meeting dgn CEO. Bila jumpa CEO2 ni, kita dapat la sikit2 aura dorang. Dapat korek ‘people skill’ dorang.

Eh..berbalik pasal trip.. baanyak yg saya nak share dgn semua. Tapi.. buat mase ni tak sempat lagi nak edit foto2 yg saya amik hari tu. Ni pun, saye tgh ada kursus kat KL. Mintak maaf byk2 kat semua:mrgreen: (senyuman bodek) .

Sinopsis mobility saya:

  • Rabu (mlm): Fly ke KK. Cek-in kat Hotel Promenade.
  • Khamis (pagi): Meeting kat ofis di KK.
  • Khamis (petang): Cek-out & join Bad (kawan dari Kertih – dia ade kursus kat Hotel Le Meredien KK). Bole la menumpang..hahak. Pastu, lepak jek kat KK.
  • Jumaat (pagi): Bawak Bad jln2 sekitar bandar KK.
  • Jumaat (petang): Bad pun fly ke Kertih. Saya mula ke Beaufort dan bermalam di Tenom.
  • Sabtu (petang): Fly ke Miri. Sampai rumah pukul 9.30pm.
  • Ahad (pagi): Fly ke KL pukul 6.30am.

Reality Check:
1. “Revenue is aspiration. Cost is reality,” anonymous.
2. Travelling ni letih. Tapi dgn niat yg betul, byk kita dpt belajar.

Nota Tapak:
1. Kpd penduduk K.Terengganu, jgn lupe sambutan Hari Air Sedunia peringkat nasional – 14 April ni (Sabtu) kat KT.

Babai..jumpe nanti!

-Amok-
Visit Malaysia Year 2007.

Soon: Tour ke Tenom, Sabah dgn keretapi.

Comments»

1. fiq - 12 April 2007

sinpsis tu yang aku nampak. “fly” je hahaha. time dok asrama dulu aku pon selalu gak fly ni.🙂

2. amokdemanis - 12 April 2007

fiq: sekolah kat ne? ke masa kat ‘u’? tu la..otak aku pun dah ‘high’ semacam. hehe. dah.. selalu gak dok kat aras >30,000 kaki.

3. jeff - 12 April 2007

sementara tgh ada byk task kat sabah ni amik la peluang untuk menjelajahi negeri di bawah bayu tu .. dan kalau-kalau dianugerahkan jodoh orang sana pun apa salahnya .. hehehe

4. Mik - 12 April 2007

Jeff, kita doakan jer kawan kita ni dapat orang yang faham kerja yang asyik fly sana-sini.
Kalau sangkut org Sabah, aku join rombongan ko ya Mok…he he

5. akirasuri - 12 April 2007

Salam.

wah! saya tolong amin-kan aja cakap-cakap bro jef dan mik. mudah-mudahan dapatlah incet amok orang sabahan bah! boleh saya pergi kenduri kawen dia sambil jalan-jalan. ha ha ha.

jaga diri.
Salam.

6. amokdemanis - 13 April 2007

jeff + mik + akirasuri: erkhh.. mengkelan* aku dek serangan bertubi2.. hahak. semoga semua bejalan lancar la kan. harap2 dapat la yg sesuai. kalo jodoh x ke mana. hihii..
*mengkelan – rasa terlekat kat kerongkong.

7. zahiramli - 13 April 2007

Ada gangster camtu sekali ke kat Sabah? Ganasnya.

Jumpa CEO selalu no. Harap2 lepaih ni hang pun bleh jadi CEO.

8. amokdemanis - 15 April 2007

zahiramli: ameen..DOA tu bro. hehe.. insyaallah. gangster tu x sure la kan. tp dgr cerita kawan2 mmg ada. kalo kat sarawak mg sure. kan hari tu keluar tv. dahtu kat parlimen pun ari tu YB sibu dok kutuk bukit aman sbb lembap. kat miri jek ada 5 gengster aktif. kat sibu paling raja gengster (fook chau).


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: