jump to navigation

Foto de Labuan. 4 May 2007

Posted by amokdemanis in Location.
26 comments

Salam dari pulau,

Hehe.. seronoknya saya cuti 2 hari (Hari Buruh & Wesak). Boleh rehat betul2 & puas2. Cuma ubah program sikit sebab saya terlampau letih.

Sepatutnye lepas jek kursus ke Labuan minggu lepas, saya terus ke Kedah. Pastu ke Melaka utk hadiri kenduri kawin kawan (Fizzy – lawyer). Masa kat KL kami tinggal serumah. Kebetulan.. sejak saya transfer ke Miri, dia pun transfer ke K.Kinabalu. Dia la teman saya plg rapat kat Borneo ni (heh.. mcm la Miri-KK tu dekat). Tapi selalu gak kami jumpe..

Eh.. cukup la tu ngomel sikit2.. ni ha.. hari ni nak share foto2 saya kat Labuan.

Masa kat sana saya syok sgt dok tengok telatah kawan2 saya yg sama2 gi kursus tu. Saya dpt satu tips kalo nak makan seafood dgn cara yg paling murah. Walopon kat sini seafood segar kat restoran dh mmg murah, tapi dorang ni lg advance..

Cemana dorang buat? Dorang pakat ramai2 gi beli seafood kat pasar dlm pukul 6pm. Kat Labuan, pukul 6pm tu dah gelap. So, dapat la murah. Pastu, bawak gi restoran suruh masak. Average cost utk makan seafood sampai terduduk: RM12 je per person. 😀

Eh.. termembebel plak.. hahak. Ni ha foto2 tu.. swoosshh..

labuan2a.jpg…..labuan2b.jpg
1. Financial Park (tengah) & Hotel Sheraton (kanan).
2. Ujana Kewangan. Kat sini ada pasaraya, bank & LOFSA (Labuan Offshore Services Authority).

labuan2c.jpg…..labuan2d.jpg
3. Kapal & Bot di laut Labuan. Saya joging kat tepi laut ni petang2.
4. Loji simpanan, pemprosesan & gudang – pemandangan dari arah laut.

labuan2e.jpg…..labuan2f.jpg
5. Kedai ‘Alli Handicraft’ kat pasar ni boleh tahan. Sendat dgn kawan2 saya jek. Haha.. Eh.. tapi pak haji ni beniaga konsep franchise tau. Masa saya jln2 kat Ujana Kewangan – ade gak kedai dia – logo sebijik – penataan pun serupa.
6. Ikan kerapu segar yg besar tapak tgn mcm ni = RM1 jek kalo beli pukul 6pm.

labuan2g.jpg…..labuan2h.jpg
7. Rakan sekursus tgh makan2 mase melawat warehouse.
8. Haa..bagi yg tk penah tengok penggali minyak.. ni la dia. Mata penggali dibuat dgn diamond jek..haha.. best kalo dpt curik sebiji 😉

Reality Check:
1. Coklat, perfume & kereta mmg murah kat Labuan. Pada pandangan ‘pembeli’ – mmg menguntungkan. Tapi.. I just wonder berapa kerat sgt nk beli kereta kat sini? Kalo nk bawak keluar dari Labuan tetap kena cukai..hmm.
2. Kenapa Labuan bebas cukai? Sape2 yg tahu – sentuh hidung.. dan tolong jawab. Isk..curious betul la.

Nota Tapak:
1. Sempat lg nak gi National Water Festival (6 Apr-6 May).
2. Check out for some super saver deals from MAS.

Until my next trip,

-Amok-
Visit Malaysia Year 2007.

Soon: Foto ke Tenom yg saya tk sempat lg nak tunjuk.