jump to navigation

Gayat di Tembok Besar China 29 August 2007

Posted by amokdemanis in Location.
8 comments

beijing2
Great Wall of China
(GWC): memang sgt2 menakjubkan..

Hari ni saya nk ajak anda semua ke Tembok Besar pule.

Tapi sebelum tu, kat Beijing kami stay kat Hotel Wanch Hua Fu. 3 star. Kat tgh2 Beijing. Mcm kat area Bukit Bintang la kalo kat KL.

Sebenarnye saya baru kenal kwn2 yg gi sekali masa kat airport je (10 dewasa + 6 kanak2). Dahtu, ada le kwn saya sorang dari KL (Husni). Saya amik ‘pakej halal’ drp travel agency. So, cuma bayar – bawak diri & pakaian jek. Transport & makanan semua dah ready. Pemandu pelancong pun ade – nama David (kami panggil Daud..hehe). Tiap hari, kami keluar pagi naik bas pelancong – jalan2 – makan2 – shopping2 – balik tido. Ke mana nak pergi, dah ada dlm plan. Bagus jugak mcm tu. Hehe..

Ok..ok..berbalik pada tajuk.

Dlm bas punya la teruja nak tawan Tembok Besar. Dlm kepala dah plan nak panjat cepat2. Nak tinggalkan kwn2 lain sbb ada yg slow (maklum la, ada yg over size – over age – under age – yg chantek & mcm2 lg). Perjalanan dari kota Beijing amik masa sejam.

Sampai jek, saya & Husni terus lari ke kaki tembok (ala2 Amazing Race..hahak). Tiket, David dah ready. Kat sana, kami mula menapak. Boleh pilih nak panjat ke kanan atau kiri. Kami pilih ke kanan. Ohho.. tak seperti disangka, curamnye bukan main. Tempat berpaut hanyalah sebatang besi yg saya tak pasti usianya. Dahtu, anak tangga dia bukan mcm kat Batu Cave tu. Ada yg memerlukan kita kangkang habis, baru la dpt naik. Kalo jatuh, sure jadik arwah. 😉

Pun begitu, sebab teringat bukan senang nak dtg sini, kami teruskan langkah. Batu Tembok Besar ni pun satu jenis. Kesat & warna kehitam-hitaman mcm granit+arang. Tiba2, saya tertengok ke bwh. Time tu jugak saya panik. Curam gile! 😮 Saya dah mula merangkak. Azam masih membara. Stamina kuat jek. Tapi fear factor la pulak yg bikin kacau.. At least kena la sampai ke satu takat kan..isk..isk..

Time tu otak ligat dok bayangkan camana la askar China dulu2 naik tembok besar dgn baju besi yg berat tu. Ade gak yg panjat Tembok Besar naik kuda. Isk hebat betul la dorang.

Fear factor tewaskan semangat. Saya terpaksa akur dan turun tembok mcm budak2 kecik turun tangga. Hati saya masih lg rasa kagum. Geram pun ada. Tiba2 jek.. ting!

“Husni, jom kita gi sebelah sana..”, saya ajak.
“Eh..aa’aa.. tu nampak mcm ok sikit”, sahut Husni.
“Patut la belah sana org lg ramai”, balas saya cover line.

Betul la. Memang kat sebelah kiri tu anak tangga die rendah2. And the rest is history. Yg pasti, saya & Husni dpt sijil bukti pendakian. Hehe.

beijing2a…..beijing2b
1. Bukit-bukau kat sekitar Tembok Besar China. Unik jugak.
2. GWC dari mata burung. Saya mula naik GWC kat bwh tu la. Boleh naik ke arah sini, atau ke arah sana.

beijing2c…..beijing2d
3. Maharaja Amok. Hahak.. Yeehaaa.. kat sini saya dpt sijil  tawan GWC.
4. Ni anak2 sorang akak yg gi sama2. Dorang ni mengikut saya naik GWC. Mak die dah flat awal2 lg kt bwh. Hehe..

beijing2e…..beijing2f
5. Curam gile. Hajat hati nak naik sejauh2nye.
6. Tempat pegang cuma besi tu je. Kalo terjatuh…

beijing2g…..beijing2h
7. Ni tempat tinjauan. Tapi skrg ni dh jadik tempat jual souvenir.
8. Sori..hidung tgh kembang mase nih. Ekeke..

Reality Check:
1. Tembok sepanjang 4000batu (6400km) ini merentasi banjaran dari Shanhai Pass di timur ke Lop Nur di barat.
2. Dibina antara kurun ke-5 hingga ke-16 sblm masehi. Merupakan struktur binaan kudrat manusia terbesar di dunia.
3. “Agak baik – Baik – Sgt Baik – Terbaik dlm bidang kita – Terbaik di dunia”. Mane pilihan anda?

Jumpe lagi,

-Amok-
Visit Malaysia Year 2007.

Soon: Summer Palace, China.

Advertisements

Saya ke Beijing… 27 August 2007

Posted by amokdemanis in Location.
4 comments

Ni hao,

A m a z i n g! Salah..bukan sebut mcm tuh. ” E M E I I I Z I N G !!! ” Haa..tu baru betul. 😀 Itulah perkataan yg terpacul dari mulut saya apabila pertama kali menjejakkan kaki ke Beijing, China. Besaarnye kota yg bakal jadik hos Sukan Olimpic 2008 ni. Sepanjang 4 hari saya di sana (6 hari termasuk dlm flight), banyaak sgt yg saya nak share dgn anda semua. (dlm flight dok teringat blog..hehe)

Mesti la saya tak lepaskan peluang melawat Great Wall, Forbidden City, Summer Palace, Masjid Kuno, Tiananmen Square, Grand Canal, makan2, jalan2 & shopping2 😀 . Dah.. nak sampai pun kena naik flight 6 jam.

Dah bertahun saya dok berangan nak ke sana. Tapi tak sangka pulak tiba2 jek saya boleh buat keputusan nak gi sana hujung bln Jun lepas. Pastu, terus je berangkat pada 29 Jun. Haha..mujur pasport dah mmg ada.

Sebenarnye saya terlampau hectic dgn keje ofis. Sedar2.. tahun 2007 dah pun separuh. Utk lari drp momentum keje yg takde kesudahan, saya decide & terus pegi. Hurm…

Minta maaf sesangat kat semua. Diakui saya mmg patut disebat 100 kali (atau lebih) sebab dah lama tak updet blog ni. :mrgreen: Alasan pertama: saya terlampau sibuk. Kedua: saya lupa password. Setelah emel WordPress >20 kali baru dpt balik password. Ada ke..isk..tau la blog ni free.

Utk hari ni, saya sempat buat kupasan ringkas ni jek utk tatapan semua. Saya janji akan kongsi lebih lanjut utk setiap destinasi yg saya sebutkan kat atas pada masa2 depan ok. Jom kita saksikan foto rambang sekitar Beijing..

beijing1a…..beijing1b
1. Panjang kan bas ni? Tu pun sendat.
2. Close up: byk bas disambung mcm ni. 2 dlm 1.

beijing1c…..beijing1d
3. Buah pic segar – mudah dpt sekitar Beijing. 1 kg:5 Yuan.
4. Ade jugak tol. Tapi tak le mcm kat KL.

beijing1e…..beijing1f
5. Tempat parking basikal.
6. Tuk-Tuk: ade jugak lg tapi jarang2.

beijing1g…..beijing1h
7. Basikal elektrik. Ramai gak yg guna bende nih.
8. Lorong basikal. Walopon byk kereta mewah kat jalan, basikal tetap jadik pojaan hati. Paling convenient.

beijing1i…..beijing1j
9. Bas pakai kuasa elektrik jek.
10. Skyline: bangunan besaaar-besaaar. Jalan 16 lanes. 😯

Reality Check:
1. Beijing: Luas-16,810km persegi. Populasi: 15 juta. Kuala Lumpur: Luas-243km persegi. Populasi: 4 juta. Besar tak kota Beijing?
2. Usia Beijing dah lebih 5000 tahun. Raja Mongol – Kublai Khan pilih Beijing sebagai ibu negara sejak thn 1272.
3. Waktu Malaysia & Beijing adalah sama sebab kita ada pada garisan waktu yg sama. Cuma waktu solat agak berbeza sbb di Hemisfera lain2. Contoh: Subuh kat Beijing dari pukul 2.30am – 4.15am. Siang lebih panjang.

Itu je dulu hari ni ok,

-Amok-
Visit Malaysia Year 2007.

Jangan lupa dtg lagi utk cerita lanjut Beijing…