jump to navigation

Ketuk Pintu Hati… 21 September 2007

Posted by amokdemanis in Hot Tips.
13 comments

Salam Ramadhan,ย 

esq1
Pak Rashid, Pak Rinaldi, Pak Amok, Pak Aminul & Pak Andi. Semuanya presenters kecuali yg ditengah. ๐Ÿ˜€

Hari ni lari sikit drp China. Kita balik ke KL jap ok. ๐Ÿ˜‰ Minggu lepas saya rasa mcm baru temui hidup baru lepas gi kursus E.S.Q: Emotional + Spiritual Quotient kat Hotel Renaissance, KL. Hebat betul impak kursus ni. Superb!

Sejak saya kerja, dah lebih 40 kursus yg saya pergi. Tapi yg ini mmg betul2 bagi kesan maksima. Stephen Covey pun tak se-power ni.

Saya salute sgt2 kat Pak Ari Ginanjar Agustian & Crew dari Indonesia. Terima kasih kerana bagi saya betul2 fahami erti kehidupan. ๐Ÿ˜ฅ .huk.. huk.. Presentation+ Multimedia+ Muzik+ Aktiviti2 semuanya cukup mantap. Pendekatan yg diguna lebih kurang cara Harun Yahya.

Sepanjang 3 hari, kita diajak meneroka alam Emosi & alam Spiritual. Tak cukup dgn tu, kita juge dibuai dgn lawak jenaka & aktiviti2 ceria. Tapi, dgn tiba2 jek kita boleh menangis teresak2. Sungguh luar biasa (sebut la ikut slang Indon ๐Ÿ™‚ ).

Kepada semua pembaca blog, saya dgn seikhlas hati really.. really.. really encourage anda utk pergi ke kursus ni. Iye, walopon guna duit sendiri. Pasti tak rugi. Masa kursus, bukalah minda, hati & rohani. Just follow the flow. Lepas register sekali, kita boleh join program2 alumni dgn percuma. Nak tau lanjut, klik di sini:ย http://esq.com.my/v1/

esq2
Drp 250 peserta, saya jek yg dpt sejambak bunga ni. Hehe.. tuah badaan..

Sesoai benar sebab habis jek kursus 3 hari, terus Ramadhan. Lepas kursus, saya rasa mcm baru balik dari Haji. Sungguh! Syukur sgt2 sbb Ramadhan kali ni pastinya berbeza.

Reality Check:
1. Mari kita byk2 beristighfar dlm bulan Ramadhan ni.
2. Bacalah dgn nama Allah. Bacalah.. Bacalah.. Bacalah..

Semoga jumpe lagi,

-Amok-

Next week: nak cerita pasal trip ke Singapore & MATTA Fair.

Masjid Beijing 20 September 2007

Posted by amokdemanis in Location.
5 comments

beijing5
Selangkah masuk ke pintu gerbang, inilah wajah masjid agung ygย  berusia lebih 600 thn.

Alhamdulillah. Demam saya 4 hari sejak 2 Ramadhan dh beransur kebah. Tapi suara masih sengau2 mcm Shamsul Ghau2.. eheh. Hari ni dh hari ke 8. 22 hari lg raya.. yeeAYY (+ve thinking.. ๐Ÿ˜€ )

Eh.. sblm lupe, saya pon nak wish great Ramadhan al-mubarak kat semua. Semoga Ramadhan kali ni lebih baik utk kita. Tenqiu bg yg doakan saya cepat sembuh demam + slmt berpose.

Plan saya nak ke Singapore hari tu, jadi. Lepas jek ke sana, saya kursus kat KL – ESQ:Emotional+Spiritual Quotient. Baguuus sgt2 le course ni. Esok saya royat (slang kelate kejap..heh!).

Dan sekarang.. berbalik pada tajuk..

Masjid kuno ni antara masjid tertua yg ada di Beijing. Menurut David (tour guide), nama die Masjid Beijing. Kat sekitar ni mmg ramai org Islam. Ratusan ribu gak le. Laksamana Cheng Ho yg pernah berdakwah ke Melaka pun selalu ke sini. Saya terpegun sbb walopon dlm pemerintahan komunis, masjid ni tetap utuh.

Dahtu, fungsi masjid ni mcm biasa je. Siap ada kelas Qur’an, Fardhu ‘Ain, pengurusan jenazah dll. Bebas jek amalkan Islam.

Boleh tour kat youtube utk rasa je la (tapi tour ni kat Masjid Niujie). Dan kalo nak tengok masjid2 seluruh Beijing, cek kat sini.

Kalo tengok foto kat atas, masjid ni dikelilingi kota. Masjid kat tengah. Kota tu sebenarnye dewan makan, dewan utk mengaji, bilik wudhu’ & tempat tinggal ahli masjid. Senibina die toksah cakap la kan. Mmg tip-top. Klasik tapi terpelihara.ย 

Solat di sini, rasa tenang sgt2. Apa lg, byk la do’a saya kat sini..

beijing5a…..beijing5b
1. Saya berdiri kat pintu ‘gerbang masuk’ ke kota masjid.
2. Pakcik2 tgh nak keluar drp ‘gerbang keluar’ dari kota masjid. Feng Shui ada di mana2.
beijing5c…..beijing5d
3. Selangkah masuk, itulah Masjid Beijing. Tenang rasa hati..
4. Close up ‘waktu2 solat’.
beijing5e…..beijing5f
5. Close up pintu masuk masjid. Siap ada kaligrafi China lg.
6. Suasana dlm masjid. Saya tgh solat.
beijing5g…..beijing5h
7. Close up dlm masjid. Lantai dihampar tikar rotan + sejadah.
8. Kat kiri tu Pokok Beijing. Pakcik2 tu pulak tgh dok uruskan sorang umat Islam yg meninggal hari tu. Innalillah..

Reality Check:
1. Jom kita imarahkan masjid! (pesanan utk diri sendiri juge..)

Ajak adik-abg-kakak-mak-ayah-datuk-nenek join saya jalan2..
Jom jalan2 sama2 ๐Ÿ˜€ ,

-Amok-
Visit Malaysia Year 2007.

Soon: Summer Palace, China.

Menerobos Forbidden City 6 September 2007

Posted by amokdemanis in Location.
12 comments

Salam purbakala,ย 

beijing4Satu Satu drp 9 pintu yg musti kita telusuri utk masuk ke Forbidden City.

Tak puas hati! ๐Ÿ˜› Ikhlas saya cakap. Forbidden City ni terlampau luas. Kalo tour sehari suntuk pun tak cukup. Apatah lg separuh hari jek. Isk..

Secara ringkas, ‘Forbidden City – Kota Terlarang‘ adalah kota Istana Maharaja China. Org yg nak gi istana, musti kena lalui 9 pintu kota. Haa.. maknanye bukan sebarang org la boleh jumpe Maharaja. Nak tengok peta, cek kat sini.

Antara satu pintu ke pintu yg lain tu bukan dekat. Mmg luaaas. Setiap pintu gerbang sebenarnye bangunan 3-4 tingkat yg luas & panjang. Yg juga adalah muzium. Setiap pintu ada kotanya tersendiri. Bertembok batu tinggi. Berlantai batu 6 kaki ke dlm tanah.

Seluruh jentera kerajaan tinggal kat sini. Drp dayang, sida, pengawal, chef, tukang cuci, arkitek, engineer, pereka fesyen dll. Dlm kota ni, ada +-ย 9000 buah bilik. Kalo kita cuba dok sehari satu bilik kat sini, maknanya 27 tahun baru habis.. ๐Ÿ˜‰

Saya kagum sgt2 la. Saya siap boleh duduk & ternganga jek kat sini. Buleh ke mcm tu? Hehe.. yg pasti saya musti datang lagi.

Ni hanya 8 foto yg saya share. Kat sini je, saya amik 94 foto & 5 video.

beijing4a…..beijing4b
1. Saya tgh berdiri kat satu pintu & amik foto pintu yg satu lg (bangunan yg merah tu la). Cuba tengok jarak antara pintu ni dgn yg tuh. Jauh kan?
2. Close up ‘alang’ & ‘siling’ kat salah satu pintu. Mmg unggul!

beijing4c…..beijing4d
3. Pintu yg lain pulak. Lantai tu buat drp batu2 yg ditanam 6 kaki dlm tanah.
4. Close up ‘bucu bumbung’. Ada lambang ‘Feng Shui’ – yg nampak bertenggek2 kecik2 tu – bentuk binatang.

beijing4e…..beijing4f
5. Dewan peperiksaan pegawai2 kerajaan masa Zaman Dinasti.
6. Close up foto pintu. Hebat+halus+berseni ukiran die.

beijing4g…..beijing4h
7. Close up ‘alang’ & ‘siling’ kat bangunan yg belum dipulihara. Saya pening mendongak sbb mata terpaku kat sini.
8. Kalo anda melangkah masuk ke dlm tu, suasana die sebijik mcm dlm filem2 China – kwsn penginapan dayang2.

Reality Check:
1. Keagungan Forbidden City baru jek tersingkap lepas kerajaan China ubah dasar. Tak pasti la kalo lepas ni die ubah ke dasar tertutup balik kan? ๐Ÿ™„
2. Menjelajah (bukan menjajah ๐Ÿ˜‰ ). Why take a lifetime? Why not do it fast?

Nota Tapak:
1. MATTA Fair (7-9 Sept 2007). Jangan ketinggalan. Ni la masa nak borong pakej murah.
2. Petang ni saya ke KL sampai 13 Sept. Kalo jadi, nak terus ke Singapore.

Ajak adik-abg-kakak-mak-ayah-datuk-nenek join saya jalan2..
Jom jalan sama2,

-Amok-
Visit Malaysia Year 2007.

Coming to your door: Summer Palace, China.

Bara di Medan Tiananmen 4 September 2007

Posted by amokdemanis in Location.
10 comments

beijing3
Tian-‘an-men Square: bukti revolusi orang2 berakal..

Panas! Mana taknye, sampai sini dah pukul 10.00am.

Teringat lg masa saya kat sekolah rendah. Masa tu keluar kat berita – beratus2 pelajar universiti, golongan intelek & pekerja awam China berdemonstrasi kat sini. ๐Ÿ˜ณ Motif: Gesa kerajaan komunis ubah dasar + beri ruang kat pendidikan barat utk masuk ke China.

Isk.. walopon saye masih kecik, tp saya ngeri gak tengok dorang sungguh2 buat mogok. Nampak semangat membara bila dorang ramai2 ikat kain merah kat kepala & lepak di medan ni utk sampaikan mesej tegas kat pihak kerajaan. ramai gak yg kena bunuh dek tentera gomen. ๐Ÿ‘ฟ

Tapi dgn pengorbanan dorang tu la jugak, skrg ni China dah jadik ‘singa‘ yg digeruni barat. Hurm.. Tengok peta kat sini.

beijing3a…..beijing3b
1. Tian ‘an men Square mmg sesak mcm ni setiap hari. Beijing mmg berjerebu sikit waktu musim panas. Kat sblh kiri ada kubur Presiden pertama China.
2. Saya le tuh. Hehe..

beijing3c…..beijing3d
3. David (tourist guide) & saya. Dia bawak bendera tu sbb mudah kita nak tengok dari jauh kalo terpisah drp grup kita. Petah bertutur dlm B.Indonesia die nih. Padehal baru belajar 5 bulan. Mmg semangat ‘China Boleh!’. ๐Ÿ˜€
4.ย Chang ‘An Avenueย – jln2ย kat sini utk menuju ke Medan Tiananmen.

Reality Check:
1. Luas Tiananmen Square: 880m X 500m (44 hektar). Luas kan? Mmg la. Medan ni adalah medan binaan terbesar di dunia.
2. Don’t take ‘NO‘ for an answer.

Jangan Lupa:
1. Penang Int. Lantern Festival (15 Sep-14 Oct). Tanglung la. Musti cantik! Mcm sambutan Ramadhan pulak. Hehe..

Ajak adik-abg-kakak-mak-ayah-datuk-nenek join saya jalan2..
Babai,

-Amok-
Visit Malaysia Year 2007.

Bakal muncul: Forbidden City, China.