jump to navigation

Labu Labuan. 30 April 2007

Posted by amokdemanis in Location.
trackback

Salam pertemuan

Tup-tap..tup-tap.. dah hari terakhir bulan April,2007. Isk.. hectic betul saya bulan ni. Setiap minggu ada jek outstation di luar Miri. Walopon best jalan2.. tapi ni kali pertama saya rasa serik & blur semacam.

labuan1a.jpg
Labuan – dari Hotel Sheraton. Byk kapal sdg berlabuh.

Dahtu tergezut gak bile si Aizat diAFUNDI keluar mlm Sabtu lepas. Hehe.. layan jugak. 😉 Ingat zaman universiti dulu, saya pun byk show. Nasyid la..hehe. Dlm dok sibuk dgn assignment ‘programming‘ yg kena hantar 2 kali seminggu tu pun, saya sempat tour seluruh Malaysia buat show dgn kawan2. Tengok program ni burst back my adrenalin level – rasa gemuruh bila nak keluar atas stage tu. Pastu, bila dah perform rasa puas sbb dpt hiburkan org ramai sambil bagi mesej positif.

Ok lah.. trip saya ke Labuan, Ahad-Khamis lepas lancar jek. Naik flight FAX (Fly Asian Express) sbb takde MAS dr Miri ke Labuan. Silap sikit la kursus ni buat minggu lepas. Kalo minggu ni, dapat le saya join Pesta Air Labuan.

5 hari kat sana, sah berat badan saya naik! Ape taknye, tiap2 hari – siang makan 4 kali (sbb kursus). Malam pulak.. dok melantak seafood kat restoran dgn kawan2. Mula2 keluar dinner ramai2 sbb ingat nak networking. Maklum la, peserta2 dari kwsn lain2. Bila dah jumpe seafood – makan tak ingatnye (sampai foto time dinner pun saya lupe nak amik).. hehe. Bile dah kenyang mula la nyesal. Tapi tak lama.. esok tu melantak balik.. heh!

Kawan2 saya dari KL, Pahang & Terengganu punya la seronok bershopping. Yg perempuan dok sebok beli aksesori kristal & mutiara. Tak lupa gak yg lelaki.. pun sama naik borong itu-ini utk family. Seronok pulak saya tengok gelagat dorang. Tiap2 hari, habis jek kursus – ON TIME – mule la dorang merayap kat pasar di bandar.

Yang hantu coklat pulak.. tanpa berlengah2 lagi buat survey kedai mana yg paling murah sbb nak beli byk2 mase last day. Eh.. tapi mmg murah jugak coklat kat Labuan ni. Ferrero Rocher yg harga RM35 tu boleh dpt RM22 je. Ade kawan saye yg sorang ni siap beli 20 kotak Ferrero Rocher sbb nak buat gift perkahwinan. Emm.. dekat RM500 tu. Hehe.. Saya pun beli gak sikit utk teman2 ofis.

Konklusinye.. seronok jugak trip ke Labuan kali ni. Sambil stay kat Sheraton, dapat ilmu baru & networking. Tapi byk lg yg saye nak kongsi dgn anda. Nantikan next post ok.

Reality Check:
1. Labuan sebenarnye mcm gudang simpanan stok tanpa cukai yg sgt besar. Asean Supply Base pun ade kat sini.
2. Rahsia kejayaan Sam Walton (Wallmart) ialah ‘distribution’ & ‘inventory control’.

Nota Tapak:
Selamat Hari Buruh. (Isk.. tak sangka aku seorang buruh).

Jumpe lagi.

-Amok-
Visit Malaysia Year 2007.

Comments»

1. jeff - 30 April 2007

dipetik dari entri ;

Selamat Hari Buruh. (Isk.. tak sangka aku seorang buruh)

yelah hari ni kau buruh nanti kau dah jadi CEO lain cerita la kekeke (kena buat Hari CEO pulak).

so mana best. Labuan ke KK ? aku vote Labuan. oh ya kau tak jumpa Mik ke ?

2. amokdemanis - 4 May 2007

jeff: hehe.. aku tetap vote KK. tu la..moga harapan jadik reality one day. eh..ingatkan mik dok kat KK.. hurm.. kalo tak, bole soh die belanje.. 😉

3. akirasuri - 5 May 2007

hari pekerja yang selamat [maaf terlewat] 🙂

oh oh. bernasyid 😉


Leave a comment