jump to navigation

Gayat di Tembok Besar China 29 August 2007

Posted by amokdemanis in Location.
trackback

beijing2
Great Wall of China
(GWC): memang sgt2 menakjubkan..

Hari ni saya nk ajak anda semua ke Tembok Besar pule.

Tapi sebelum tu, kat Beijing kami stay kat Hotel Wanch Hua Fu. 3 star. Kat tgh2 Beijing. Mcm kat area Bukit Bintang la kalo kat KL.

Sebenarnye saya baru kenal kwn2 yg gi sekali masa kat airport je (10 dewasa + 6 kanak2). Dahtu, ada le kwn saya sorang dari KL (Husni). Saya amik ‘pakej halal’ drp travel agency. So, cuma bayar – bawak diri & pakaian jek. Transport & makanan semua dah ready. Pemandu pelancong pun ade – nama David (kami panggil Daud..hehe). Tiap hari, kami keluar pagi naik bas pelancong – jalan2 – makan2 – shopping2 – balik tido. Ke mana nak pergi, dah ada dlm plan. Bagus jugak mcm tu. Hehe..

Ok..ok..berbalik pada tajuk.

Dlm bas punya la teruja nak tawan Tembok Besar. Dlm kepala dah plan nak panjat cepat2. Nak tinggalkan kwn2 lain sbb ada yg slow (maklum la, ada yg over size – over age – under age – yg chantek & mcm2 lg). Perjalanan dari kota Beijing amik masa sejam.

Sampai jek, saya & Husni terus lari ke kaki tembok (ala2 Amazing Race..hahak). Tiket, David dah ready. Kat sana, kami mula menapak. Boleh pilih nak panjat ke kanan atau kiri. Kami pilih ke kanan. Ohho.. tak seperti disangka, curamnye bukan main. Tempat berpaut hanyalah sebatang besi yg saya tak pasti usianya. Dahtu, anak tangga dia bukan mcm kat Batu Cave tu. Ada yg memerlukan kita kangkang habis, baru la dpt naik. Kalo jatuh, sure jadik arwah.😉

Pun begitu, sebab teringat bukan senang nak dtg sini, kami teruskan langkah. Batu Tembok Besar ni pun satu jenis. Kesat & warna kehitam-hitaman mcm granit+arang. Tiba2, saya tertengok ke bwh. Time tu jugak saya panik. Curam gile!😮 Saya dah mula merangkak. Azam masih membara. Stamina kuat jek. Tapi fear factor la pulak yg bikin kacau.. At least kena la sampai ke satu takat kan..isk..isk..

Time tu otak ligat dok bayangkan camana la askar China dulu2 naik tembok besar dgn baju besi yg berat tu. Ade gak yg panjat Tembok Besar naik kuda. Isk hebat betul la dorang.

Fear factor tewaskan semangat. Saya terpaksa akur dan turun tembok mcm budak2 kecik turun tangga. Hati saya masih lg rasa kagum. Geram pun ada. Tiba2 jek.. ting!

“Husni, jom kita gi sebelah sana..”, saya ajak.
“Eh..aa’aa.. tu nampak mcm ok sikit”, sahut Husni.
“Patut la belah sana org lg ramai”, balas saya cover line.

Betul la. Memang kat sebelah kiri tu anak tangga die rendah2. And the rest is history. Yg pasti, saya & Husni dpt sijil bukti pendakian. Hehe.

beijing2a…..beijing2b
1. Bukit-bukau kat sekitar Tembok Besar China. Unik jugak.
2. GWC dari mata burung. Saya mula naik GWC kat bwh tu la. Boleh naik ke arah sini, atau ke arah sana.

beijing2c…..beijing2d
3. Maharaja Amok. Hahak.. Yeehaaa.. kat sini saya dpt sijil  tawan GWC.
4. Ni anak2 sorang akak yg gi sama2. Dorang ni mengikut saya naik GWC. Mak die dah flat awal2 lg kt bwh. Hehe..

beijing2e…..beijing2f
5. Curam gile. Hajat hati nak naik sejauh2nye.
6. Tempat pegang cuma besi tu je. Kalo terjatuh…

beijing2g…..beijing2h
7. Ni tempat tinjauan. Tapi skrg ni dh jadik tempat jual souvenir.
8. Sori..hidung tgh kembang mase nih. Ekeke..

Reality Check:
1. Tembok sepanjang 4000batu (6400km) ini merentasi banjaran dari Shanhai Pass di timur ke Lop Nur di barat.
2. Dibina antara kurun ke-5 hingga ke-16 sblm masehi. Merupakan struktur binaan kudrat manusia terbesar di dunia.
3. “Agak baik – Baik – Sgt Baik – Terbaik dlm bidang kita – Terbaik di dunia”. Mane pilihan anda?

Jumpe lagi,

-Amok-
Visit Malaysia Year 2007.

Soon: Summer Palace, China.

Comments»

1. bintang - 30 August 2007

Wah syoknya jalan2 kat great wall (baca dengan nada jeles hehe)

Teringat masa sekolah. Suka sejarah (walaupun malas hafal tarikh😀 hikss)

Best jugak ikut tour camni no, tak buang masa nak cari2 tempat, ikut ja jadual yang depa bagi.

Saya pilih “antara terhebat di dunia” (sampai sekarang masih kagum binaan2 lama yang menyimpan sejarah panjang… macam great wall ni)

p/s: Saya belom pernah ke Padang Indonesia tu..maybe my next trip🙂

2. akirasuri - 1 September 2007

wah!
selamat kembali dengan cerita-cerita menarik🙂

3. amokdemanis - 2 September 2007

bintang: hahak.saye pon cenggitu.. sejarah selalu hafal last minit.😉 oo.. ok.. dok plan nak ke Padang – just sebab tiket murah. tapi x sure la kalo x menarik.

akirasuri: erm.. lama x berblog. mekasih😀 harap2 dpt layan kucing yg suke tido pasni..ehehe..

4. Mik - 2 September 2007

Mok…lamanya wa tak singgah sini…Pakabar?

Aku pun dok plan nak jalan2 pi China ni…(tunggu tiket murah) . Jeles nengok gambar2 tu..especially ‘maharaja Amok’ tuh..ahaks!

5. amokdemanis - 2 September 2007

mik: ahaha.. baeek:mrgreen: amik pakej mcm ni RM2279. taktau la kalo ada lg murah. tu dah include sume – transport + makanminum + hotel. flight MAS jek.

6. fiq - 2 September 2007

lama aku xnyinggah sini. hahha selamat2!

7. jeff - 3 September 2007

waaa aku tak puas ati !

aku musti mengumpul uang untuk ke sana ..

8. amokdemanis - 3 September 2007

fiq:😀

jeff: hahahak.. aku support ko sgt2! mmg it’s more than worth it. gerenti x nyesal.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: